Kematian setiausaha akhbar Menteri Sumber Manusia B. Sivam dan pemandunya dalam kemalangan di KM232 Lebuhraya PLUS semalam bukan pertama kali berlaku.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Prof Wong Shaw Voon, sepanjang 10 kilometer-- antara KM230 dan KM240-- merupakan kawasan yang kerap berlakunya kemalangan.

Terdapat tujuh kemalangan maut disebabkan memandu laju telah berlaku di kawasan itu dalam tempoh empat tahun antara 2008 dan 2011.

Beliau berkata jumlah ini tidak termasuk bilangan kemalangan yang melibatkan kecederaan sahaja dan juga kemalangan yang bukan disebabkan oleh memandu laju.

"Jumlah itu dianggap tinggi kerana, saya menganggap ia satu kawasan yang memerlukan perhatian," katanya, sambil menambah bahawa MIROS akan memeriksa jika audit telah dilakukan pada kawasan tersebut.

"Orang cenderung untuk memandu laju di kawasan itu, kita perlu untuk mengkaji mengapa, tetapi orang ramai boleh memainkan peranan dengan tidak akan melebihi had laju," katanya.

Beliau berkata antara sebab orang memandu laju adalah apabila terdapat jalan yang luas ataupun lurus, dan jenis kenderaan.

"Ramai orang tidak lihat memandu laju sebagai sesuatu yang bahaya. Orang berfikir 'okay, takpa laju sikit', tetapi kita harus ingat bahawa walaupun penambahan 5km/j, ia akan menggandakan risiko anda untuk terlibat dalam kemalangan."

Beliau berkata terdapat cadangan untuk memasang kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di kawasan itu juga.

Mengulas mengenai kes-kes di mana mangsa kemalangan tercampak keluar kenderaan mereka, beliau berkata bahawa ia adalah sering disebabkan tidak memakai tali pinggang keledar.

Pada pagi Rabu, Sivam, 35, meninggal dunia selepas kenderaan beliau Nissan X-Trail merempuh dua kenderaan lain, satu Myvi dan lori enam tan.

Pemandunya, Hazrin Hassan, juga 35, meninggal dunia di hospital Melaka. Kedua-duanya sedang menuju ke arah Alor Gajah dari Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom, ketiga-tiga kenderaan menuju ke selatan.

Lori itu berada di lorong kiri apabila dua kenderaan lain bergeser antara satu sama lain.

"X-Trail tersebut kemudian hilang kawalan dan merempuh lori, dua lelaki telah terhumban keluar daripada kenderaan mereka," katanya.

Mizan berkata polis masih menyiasat punca kemalangan itu. "Kami sedang menunggu laporan daripada Puspakom dan laporan bedah siasat dari hospital," katanya.

Pemerhatian MIROS seolah-olah bercanggah dengan polis di kawasan itu, yang berkata bahawa terdapat "dua atau tiga kes" kemalangan tahun lepas tetapi bukannya kemalangan maut. "Kemalangan hari ini adalah normal dan bukan disebabkan oleh keadaan jalan," kata Mizan.

Pada tahun 2010, sebuah bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di mana 12 orang mati di KM223 Lebuhraya Utara-Selatan.