awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak

Bernama
Bernama
22/05/2024
14:52 MYT
Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak
Loke berkata dana itu sebagai sokongan dan penghargaan beliau terhadap sumbangan masyarakat Buddha di negara ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyampaikan RM50,000 daripada peruntukan kementeriannya kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak pada sambutan Hari Wesak di Tokong Buddha Maha Vihara di sini hari ini.
Loke berkata dana itu sebagai sokongan dan penghargaan beliau terhadap sumbangan masyarakat Buddha di negara ini.
"Sebagai penduduk agama kedua terbesar di Malaysia, masyarakat Buddha telah menyumbang secara signifikan kepada pembinaan negara kita.
"Usaha komuniti Buddha dalam mempromosikan nilai budaya dan sosial telah memperkaya masyarakat berbilang kaum dan memupuk persefahaman antara etnik dan agama," katanya pada majlis sambutan Hari Wesak di tokong berkenaan di Brickfields.
Loke yang dijemput ke sambutan perayaan di tokong terbabit buat tiga tahun berturut-turut, berkata sikap saling hormat-menghormati ialah satu daripada prinsip utama konsep Malaysia MADANI.
"Dengan begitu banyak bahasa, dialek yang berbeza, kita berbangga dapat hidup dalam masyarakat yang aman dan berusaha menjadi negara pesat membangun," katanya.
Beliau berkata elemen kesabaran, toleransi dan persefahaman adalah penting ke arah menyatukan rakyat Malaysia.
Bertemakan Living Harmoniously, Thriving Society, sambutan Hari Wesak di Tokong Buddha Maha Vihara dihadiri 60 persatuan dan pertubuhan Buddha di Kuala Lumpur dan Selangor, dengan kira-kira 30 kenderaan berhias menyertai perarakan sejauh 12 kilometer.
Hari Wesak merupakan perayaan terpenting bagi penganut Buddha untuk memperingati kelahiran, pencerahan agung serta kematian pengasas agama itu, Siddharta Gautama dan diraikan dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
Tahun ini, lebih 45,000 orang di seluruh dunia, kebanyakannya dari negara jiran seperti Thailand, Myanmar, Sri Lanka dan Bangladesh berkumpul di Tokong Buddha Maha Vihara untuk memeriahkan sambutan itu.
Selain itu, terdapat juga gerai-gerai menjual pakaian tradisional, manisan dan peralatan sembahyang di sekitar tokong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#peruntukan
#Kementerian Pengangkutan
#Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan