PUTRAJAYA:Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam gagal dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadapnya.
Ini berikutan rayuannya ditolak Mahkamah Persekutuan hari ini.
Peguam Negara mendapat kebenaran memulakan prosiding komital terhadap Lokman atas dakwaan mengugut seorang saksi dalam perbicaraan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang menolak rayuan Lokman, memutuskan bahawa notis tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada Lokman dan mahkamah mendapati responden (pendakwa raya) mematuhi Perintah 52 Peraturan 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Beliau berkata notis tunjuk sebab tidak perlu dikeluarkan oleh mahkamah tetapi oleh mana-mana pihak yang memohon mahkamah untuk proses penghinaan.
Kenyataan dan afidavit sokongan oleh responden mencukupi untuk memaklumkan Lokman mengenai dakwaan penghinaan yang perlu dijawab, katanya.
"Melihat kenyataan dan afidavit sokongan secara keseluruhan, kami tidak mendapati bahawa ada prasangka terhadap perayu (Lokman)," kata Tengku Maimun.
Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Abdul Rahman Sebli, Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim mendengar rayuan Lokman melalui aplikasi Zoom.
Berikutan keputusan hari ini, Lokman perlu menjawab pertuduhan menghina mahkamah di Mahkamah Tinggi.
Kesnya ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah pada 27 Jan ini.
Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi pada 2019 untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman bagi perbuatan menghina mahkamah yang dilakukan dua kali pada 25 Sept tahun yang sama.
Thomas memulakan prosiding komital terhadap Lokman Noor dengan memohon supaya responden dipenjara atau didenda atas perbuatannya.
Prosiding komital terhadap Lokman itu atas dakwaan beliau mengugut saksi kes berkaitan 1MDB, iaitu bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.
Menurut Thomas, pada 25 Sept 2019, Lokman Noor dalam temu bual video telah mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk mengugut Amhari Efendi kerana memberi keterangan dalam perbicaraan kes Najib di Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata pada hari yang sama, Lokman Noor telah membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi, yang merupakan saksi kelapan pihak pendakwaan, berhubung keterangan yang diberikannya pada perbicaraan kes Najib.
Menurut Thomas, objektif atau tujuan tindakan responden adalah untuk mengganggu dan mengugut Amhari Efendi, saksi-saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi yang mungkin tampil untuk memberi keterangan terhadap Najib pada perbicaraan itu.
Pada 14 Jan 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Lokman untuk mengetepikan perintah ex-parte peguam negara untuk kebenaran bagi memulakan prosiding berkenaan.
Lokman juga gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan yang menolaknya pada Mei tahun lepas.
Dalam prosiding hari ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Lokman berhujah bahawa terdapat kekurangan dalam notis tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadap anak guamnya.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pula berhujah bahawa tuduhan yang dihadapi Lokman adalah menggangu saksi dan campur tangan pentadbiran keadilan yang merupakan penghinaan serius terhadap mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Lokman juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada Mei tahun lepas. - Gambar fail

"Antara hidup dan mati.." Imam Abdul Karim Omar kongsi keperitan COVID-19
Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar berkongsi detik menginsafkan selepas disahkan positif COVID-19.

KPM syorkan guru ubahsuai cara PdPR bagi kekang masalah internet dan peranti
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibab Abdul Rahim, pihaknya mengambil maklum mengenai cabaran tersebut dan melakukan penambahbaikan bagi pelaksanaan pembelajaran tahun ini.

Ramai pelajar dah sampai ke asrama, namun tidak diwajibkan pulang semula ke rumah
Jelas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim, pihaknya tidak mewajibkan pelajar tersebut untuk pulang ke rumah dan sebaliknya boleh tinggal di asrama dengan jagaan pihak kementerian pendidikan.

Masih dengan ketetapan, pelajar tidak perlu buat ujian saringan - KP Pelajaran
Kementerian Pendidikan Malaysia masih dengan ketetapan, pelajar atau pihak pengajar tidak perlu menjalani saringan Covid-19 Jika mahu menduduki peperiksaan atau pulang ke asrama dan kampus.

Pas mahu UMNO, Bersatu bergabung dalam PRU15 - Hadi
Pas mahukan supaya UMNO yang menerajui Muafakat Nasional, dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional 'bergabung' semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Proklamasi Darurat bantu pemulihan ekonomi - Tengku Zafrul
Dakwaan yang mengatakan Proklamasi Darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Beliau bertindak selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

COVID-19 | Halimah Mohamed Sadique positif COVID-19
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Sadique disahkan positif jangkitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan, selepas menjalani ujian saringan pada Isnin.

Dakwaan wanita, anak dijangkiti COVID-19 kerana kehilafan KKM disiasat - Dr Noor Hisham
KKM sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

Ahmad Said dan isteri positif COVID-19
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif COVID-19.

Lokman Adam gagal ketepi kebenaran Peguam Negara mulakan prosiding komital
Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam gagal dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadapnya.

"Lokman Adam dibuang dari UMNO, bukan dipecat" - Annuar Musa
Datuk Lokman Noor Adam bukan dipecat dari jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, tetapi dibuang daripada menjadi ahli parti Melayu itu.

"Jika benar, pemecatan saya dari UMNO tidak sah" - Lokman Adam
Pemecatan itu, tegas Lokman, tidak akan mengubah pendiriannya menentang Pakatan Harapan (PH) dan tali barut dalam UMNO.

Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit
Polis akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung penganjuran himpunan di hadapan pusat membeli-belah Sogo di sini hari ini.

Lokman Adam ditahan polis
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam ditahan pada Khamis kerana dikatakan menghalang pihak polis melakukan tugas mereka sewaktu menjalankan siasatan di kediamannya.

Lokman Adam antara empat didakwa serang penuntut UM
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah mengasari beberapa penuntut Universiti Malaya di perhentian bas di Pantai Baharu minggu lalu.

Polis rekod keterangan Farid Kamil isu suapan RM5 juta
Datuk Farid Kamil Zahari hari ini memberi keterangan berhubung laporan polis mengaitkannya dengan dakwaan pernah disogok wang RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Lobak merah memang popular kerana banyak khasiatnya - KKM
KKM berkongsi kenyataan lobak merah sememangnya popular kerana banyak khasiatnya.

'Kalau saya Presiden UMNO, saya singkir kamu sebab IQ macam lobak', kata KJ kepada Lokman
Perbalahan di media sosial antara Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam terus berlarutan.

Demi Rosmah dan Najib, Lokman adakan himpunan solidariti
Pemantau Kerajaan Baharu bakal mengadakan himpunan solidariti pada malam ini.