JAKARTA: Pasukan penyelamat di wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia terus menggiatkan usaha mencari saki-baki mangsa tragedi tanah runtuh yang berlaku pada Rabu lalu, di sebuah kawasan lombong emas haram.
Reuters melaporkan, dalam insiden itu sekurang-kurangnya tiga mangsa sidah disahkan maut manakala lebih ramai lagi dikhuatiri masih tertimbus.
Pihak berkuasa tempatan yang berada di lokasi kejadian memberitahu, kemungkinan untuk mangsa-mangsa berkenaan ditemui dalam keadaan bernyawa adalah sangat tipis.
Pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan agensi pengurusan bencana menggunakan jentera berat untuk membantu usaha pencarian.
Sekurang-kurangnya 15 orang berjaya diselamatkan pada Khamis, menurut agensi pengurusan bencana wilayah.
Kejadian tanah runtuh di Kampung Buranga itu berlaku pada Rabu petang selepas hujan lebat, dengan sekurang-kurangnya lima orang dilaporkan hilang, kata Andi Sembiring dari agensi pengurusan kecemasan dalam satu kenyataan media.
Media tempatan melaporkan puluhan lagi individu masih hilang.
Jumlah mangsa dipercayai lebih tinggi daripada yang telah direkodkan setakat ini, ujar pegawai misi mencari dan menyelamat (SAR) dari Palu, Fatmawati.
Agensi
Thu Feb 25 2021

Puluhan individu dipercayai masih tertimbus di lokasi tragedi, menurut laporan media tempatan. - AP

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Kluster Jalan Canning Estate: Bazar Ramadan Stadium Perak dikawal ketat
Kawalan serta pemantauan bagi SOP di Bazar Ramadan membabitkan sebanyak 110 gerai itu, dijalankan pihak berkuasa terdiri dari Rela dan polis.

Pelumba PYSRT harap tuah menyebelahi mereka di Portimao, Portugal
MotoGP 2021 yang bersambung semula selepas berehat seminggu diharap memberikan peluang kepada Morbidelli dan Rossi meningkatkan prestasi.

MBI akan perluas e-dompet di pasar, medan selera selepas Aidilfitri
Ia bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai menerusi platform pengendali e-dompet yang terpilih.

COVID-19 | Aktiviti waktu malam di London kembali normal
Aktiviti bersosial di kota London kembali dirasai apabila orang ramai mula berpusu-pusu ke restoran dan kafe di ruangan luar kedai pada Selasa. Mereka yang memeriahkan suasana, memenuhi jalanan di pusat tumpuan di kota London seperti Soho dan Chinatown, dengan pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Bisnes | Grab bakal disenaraikan di Amerika Syarikat
Syarikat Start-Up paling bernilai Asia Tenggara, Grab Holding Inc, bakal disenaraikan di Amerika Syarikat menerusi penggabungan dengan sebuah syarikat tujuan khas pemilikan Altimeter Growth Corp. Syarikat itu dijangka merekodkan nilai 39.6 billion menerusi penyenaraian itu.

COVID-19 | Solat jemaah di Mekah pada hari pertama Ramadan
Kemeriahan bulan Ramadan tahun ini turut dirasai di Mekah, Arab Saudi apabila jemaah dapat kembali menunaikan solat fardhu termasuk solat terawih secara berjemaah.

COVID-19 | Indonesia sambut Ramadan dengan kelonggaran SOP
Umat Islam di Indonesia menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan kes COVID-19 terus mencatatkan pertambahan ketika beberapa perintah sekatan dilonggarkan. Kini, masjid dibuka semula untuk solat terawih dengan kawalan SOP yang ketat, serta pusat beli-belah dibenarkan beroperasi selepas beberapa bulan ditutup.

COVID-19 | Bazar Ramadan di Kedah dibuka ikut ketetapan SOP
Kebenaran untuk Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri kembali beroperasi tahun ini selepas kali terakhir pengoperasiannya pada 2019 memberi makna besar kepada pelbagai pihak terutamanya golongan peniaga di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Tinjauan Astro AWANI Kedah di Bazar berkenaan mendapati, wujud kelainan penganjuran bazar tahun ini berbanding tahun sebelum ini terutama membabitkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Gunung Tabai ditutup, elak aktiviti lombong emas haram
Polis Sarawak akan menutup kawasan Gunung Tabai di Bau, kira-kira 40 kilometer dari sini, bagi mengekang aktiviti melombong emas secara haram di kawasan itu

Lelaki maut tertimbus tanah ketika melombong emas di Gunung Krian, Bau
Seorang lelaki ditemukan maut manakala dua lagi rakannya terselamat selepas tertimbus tanah ketika melombong emas di kawasan Gunung Krian, Bau.

Tiga lelaki terperangkap dalam lombong ketika menggali emas di Gunung Tabai, Bau
Tiga lelaki terperangkap di dalam lombong ketika menggali emas di kawasan Gunung Tabai dekat Bau kira-kira 64 kilometer dari bandar raya Kuching.

Lombong emas haram runtuh di Sulawesi Tengah, misi menyelamat mangsa dipergiat
Setakat ini, kira-kira 15 orang berjaya diselamatkan manakala tiga sudah disahkan maut.

Sembilan maut akibat tertimbus ketika menggali emas di lombong
Difahamkan, mangsa yang merupakan petani melakukan operasi menggali emas tanpa sebarang peralatan pelindungan diri.

Tong bahan kimia di ladang sawit dipindahkan untuk pelupusan
Mohd Sharkar berkata operasi pemindahan dilakukan Ahad lalu, oleh kontraktor yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

60 tertimbus bawah runtuhan lombong emas di Sulawesi
Setakat jam 5 pagi waktu tempatan, seorang dijumpai maut akibat runtuhan tersebut manakala 13 yang lain telah diselamatkan.

Kerja mencari emas dihentikan susulan Taufan Mangkhut
Pasukan penyelamat masih mencari mangsa yang tertimbus di sebuah lombong emas di Ucab.

Seorang maut selepas terperangkap dalam lombong emas
Seramai 13 pelombong terperangkap di bawah tanah di sebuah lombong emas di Afrika Selatan pada Khamis selepas gua perlombongan itu tertimbus.

Terperangkap 1,000 meter bawah tanah, mereka selamat!
Mangsa yang terperangkap sejak Rabu malam itu diselamatkan selepas bekalan elektrik yang terputus disambung semula.