Kaukus Ahli Parlimen Reformasi Sistem Pilihan Raya ditubuhkan secara rasmi hari ini dengan tujuan utama bagi mencari jalan untuk menghentikan amalan lompat parti dalam kalangan ahli politik.
Pengerusi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) Malaysia, Anthony Loke berkata, IPU Malaysia dalam mesyuarat hari ini turut sebulat suara bersetuju mencadangkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai Pengerusi kaukus berkenaan.
Menurutnya, kaukus bipartisan itu akan diwakili wakil daripada setiap parti politik dalam negara dengan tugas pertama mereka menyiapkan laporan mengenai mekanisme bagi reformasi sistem pilihan raya negara dalam tempoh enam bulan untuk dibentang kepada kerajaan.
"Kita yakin bahawa Nazri sebagai seorang Ahli Parlimen senior dan bekas menteri, adalah seorang yang sangat disanjungi dan dihormati di dalam Dewan dan beliau orang paling sesuai mengetuai kaukus ini," katanya pada sidang media bersama Mohamed Nazri di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohamed Nazri menyifatkan tindakan lompat parti sebagai satu perbuatan paling hina yang menyebabkan negara menjadi tidak stabil.
"Ini masalah kita hadapi lebih 30 tahun dah ... ada (langkah) yang dah diambil ...undang-undang antilompat parti, tapi seperti yang kita tahu, mahkamah paling tertinggi sekali telah putuskan undang-undang antilompat parti tidak boleh dikuatkuasakan kerana ia menghalang hak asasi manusia dan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan (Undangan) Negeri.
"Jadi, kita perlu lakukan sesuatu, kita kena fikir ini semua yang berlaku ialah perbuatan manusia, akta, perlembagaan, jadi kita boleh gunakan pemikiran kita untuk hentikan perkara ini ...kita perlu hentikannya," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pakar perlembagaan, badan-badan bukan kerajaan, Majlis Peguam dan ahli akademik untuk mendapatkan pandangan mereka.
"Kita akan lakukan yang terbaik untuk merumuskan sesuatu yang kemudiannya kita terpaksa berurusan dengan kerajaan juga, kita akan berjumpa dengan Menteri (di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) (Datuk) Takiyuddin (Hassan), kita akan berurusan dengan beliau untuk membolehkan supaya satu pindaan pada Akta Suruhanjaya Pilihan Raya dapat dibuat.
"(Dari segi) Perlembagaan, kita dah beri maklum kepada urusetia supaya berurusan dengan Pejabat Peguam Negara untuk lihat kalau ada apa-apa yang kita nak pinda ini bertentangan dengan perlembagaan, ini tindakan pertama kita," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020

Mohamed Nazri sifatkan tindakan lompat parti sebagai satu perbuatan paling hina yang menyebabkan negara menjadi tidak stabil. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Polis buru Bob Mah Sing | Malaysia capai imuniti kelompok dalam enam bulan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Putera Mohammed Salman arah Khashoggi dibunuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Malaysia terima vaksin Sinovac hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pembunuhan Khashoggi: Arab Saudi dakwa laporan risikan AS palsu, tidak boleh diterima
Arab Saudi menolak sepenuhnya laporan risikan Amerika Syarikat pada Jumaat yang mendakwa Putera Mahkota Raja Arab, Raja Mohammed Salman mengarahkan pembunuhan Jamal Khashoggi.

AS dakwa pembunuhan Khashoggi dirancang Putera Mahkota Arab Saudi
Putera Mohammed Salman didakwa meluluskan rancangan untuk menangkap atau membunuh Khashoggi yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat.

Enam tunggang basikal lajak ditahan
Polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada pukul 3.00 petang itu.

Duta Myanmar ke PBB lantang rampasan kuasa junta Myanmar
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku di negara itu.

Penduduk Hong Kong mula terima suntikan vaksin COVID-19
Penduduk Hong Kong mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat dengan keutamaan diberikan kepada golongan warga emas dan petugas kesihatan.

Vaksin COVID-19: Sultan Selangor berkenan terima giliran selepas petugas barisan hadapan
Keutamaan pemberian vaksin COVID-19 ketika ini harus ditumpukan kepada petugas barisan hadapan, berikutan mereka berdepan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Langgar kuarantin, warga Britain dipenjara dua minggu
Seorang lelaki warga Britain dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan saman 1,000 dolar Singapura selepas melanggar perintah kuarantin di Singapura.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat: Harap pembangkang bersikap profesional - Wan Saiful
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan berharap wakil-wakil pembangkang tidak membuat keputusan yang hanya berpandukan nafsu politik.

Guan Eng nafi sokong langkah hentikan perkhidmatan feri Pulau Pinang
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menafikan beliau pernah bersetuju atau mencadangkan supaya perkhidmatan feri Pulau Pinang dihentikan.

PH tetap tolak Belanjawan 2021, undian belah bahagi esok
Majlis Setiausaha PH dalam satu kenyataan menegaskan, mereka akan membuat undian belah bahagi pada bacaan belanjawan kali ketiga esok.

Kongres DAP ditangguh ke tahun depan - Anthony Loke
Parti DAP bakal mengadakan kongresnya pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak sebelum 30 Jun 2021 selepas kongres yang dijadualkan pada 20 Disember di Shah Alam dibatalkan.

'Saya beri arahan ahli Parlimen DAP jangan bangun' - Anthony Loke
Loke berkata tindakan itu dibuat selepas beliau mendapat mesej daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Batal projek KDVT2, kerajaan hadapi tiga tuntutan mahkamah
Kerajaan sedang melakukan rundingan dengan Dhaya Maju LTAT untuk capai penyelesaian di luar mahkamah.

Apa lagi rakyat 'mau'? - Anthony Loke
Rakyat hanya ingin suara mereka didengari dan kemahuan diutamakan oleh para pemimpin politik.

DAP bersedia, cuma tunggu PM adakan rundingan rasmi - Anthony Loke
Hasrat itu telah pun dimaklumkan dan dipersetujui Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Majlis Setiausaha PH tidak mahu kompromi komitmen lawan rasuah
Majlis Presiden PH menjelaskan iltizam dan komiten itu tetap menjadi keutamaan dan tidak boleh dikompromi dalam apa sahaja langkah yang diambil dalam mengembalikan mandat rakyat.

Lompat parti perbuatan paling hina, Kaukus Parlimen ditubuh cari jalan hentikan budaya itu
Kaukus Ahli Parlimen Reformasi Sistem Pilihan Raya ditubuhkan secara rasmi hari ini dengan tujuan utama bagi mencari jalan untuk menghentikan amalan lompat parti dalam kalangan ahli politik.