awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori bawa barangan runcit seludup ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/11/2021
21:30 MYT
Lori bawa barangan runcit seludup ditahan
Barangan runcit seludup bernilai RM55,713 yang dirampas di Jalan Kampung Tasek Berangan, Rantau Panjang pada Khamis. - Foto Sinar Harian
RANTAU PANJANG: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas pelbagai barangan runcit seludup bernilai RM55,713 selepas menahan sebuah lori di Jalan Kampung Tasek Berangan di sini pada Khamis.
Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan pemandu lori tersebut untuk siasatan lanjut.
"Semasa rondaan, anggota bertugas terserempak dengan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota bertugas kemudian bertindak menahan lori tersebut untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, pemeriksaan telah menjumpai pelbagai barangan runcit seludup termasuk sosej yang dibawa masuk menggunakan laluan tidak diwartakan oleh kerajaan.
Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan sebanyak RM155,713.
Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 15 Akta Makanan 1983.
"Kesemua barangan rampasan akan diserahkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Pemakanan Jabatan Kesihatan Cawangan Pasir Mas untuk tindakan lanjut," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Barangan runcit seludup
#PGA
#Nor Azizan Yusof
#pemandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan