awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori rempuh belakang bas sekolah pelajar tahfiz

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/10/2018
11:00 MYT
Lori rempuh belakang bas sekolah pelajar tahfiz
Bas berkenaan dirempuh sebuah lori dari belakang ketika pemandu bas itu sedang memperlahankan kenderaan disebabkan kerja pembaikan jalan yang dijalankan di laluan berkenaan. - Foto PDRM
Sebuah bas yang membawa pelajar sekolah tahfiz dari Perlis terbabit dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori di Kilometer 125.7 Lebuhraya Utara Selatan, Kepala Batas, Pulau Pinang pagi ini.
Bagaimanapun tiada kecederaan parah dilaporkan dan kesemua pelajar tahfiz serta pemandu bas terselamat dalam kejadian kira- kira jam 11 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan bas tersebut dalam perjalanan dari Kangar, Perlis ke Kampar, Perak.
BACA: Sembilan cedera bas rempuh lori di Lipis
BACA: Warga emas maut kereta rempuh lori tangki
BACA: Tiga sepupu maut, kereta rempuh lori bawa surat khabar
 memaklumkan bas tersebut dalam perjalanan dari Kangar, Perlis ke Kampar, Perak. - Foto PDRM
Polis memaklumkan memaklumkan bas tersebut dalam perjalanan dari Kangar, Perlis ke Kampar, Perak. - Foto PDRM
Katanya, bas berkenaan dirempuh sebuah lori dari belakang ketika pemandu bas itu sedang memperlahankan kenderaan disebabkan kerja pembaikan jalan yang dijalankan di laluan berkenaan.
Noorzainy berkata, akibat rempuhan itu, kelindan lori tersepit pada bahagian hadapan dan berjaya dikeluarkan Pasukan Bomba Dan Penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan.
"Kesemua pelajar, pemandu bas dan pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kelindan lori cedera di bahagian kaki akibat tersepit, ' katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.
Topic Berkaitan
#bas
#cedera
#Hospital
#Kangar
#kemalangan
#pelajar
#Perlis
#polis
#rempuh lori
#Seberang Perai
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan