awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori terbabas elak kenderaan, pemandu maut

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2021
21:05 MYT
Lori terbabas elak kenderaan, pemandu maut
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysiamelakukan operasi mengeluarkan pemandu lori yang maut apabila kenderaan dinaiki terbabas di Jalan Kuala Perlis Changlun, Arau pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
ARAU: Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera ringan apabila lori dinaiki mereka terbabas di Jalan Kuala Perlis Changlun menghala ke arah Kok Klang di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kemalangan kira-kira jam 3.10 petang itu melibatkan lori jenis Daihatsu Delta.
Menurutnya, mangsa, Zainol Akub, 58, beralamat di Kampung Che Gu Ali Mata Ayer, Kangar, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian dan kelindan, Muhammad Safuan Shahariddin, 23, mengalami luka kecil di tangan.
"Melalui siasatan awal mendapati, lori itu datang dari Changlun tiba di Jalan Kuala Perlis-Changlun didakwa cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang mengubah haluannya.
"Bagaimanapun, lori yang cuba mengelak itu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh dua batang pokok," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Nanda berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan muka dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk urusan bedah siasat.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu maut
#lori terbabas
#Kok Klang
#Jalan Kuala Perlis Changlun
#kemalangan
#Zainol Akub
#Kampung Che Gu Ali Mata Ayer
#Muhammad Safuan Shahariddin
#kelindan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan