awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
15/01/2025
07:20 MYT
Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Tiga individu maut dan enam lagi cedera parah dalam kemalangan di kilometer 226.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Pedas Linggi pada jam 5.50 pagi tadi. -Foto PDRM/JBPM
REMBAU: Tiga individu maut manakala enam lagi parah dalam nahas membabitkan empat kenderaan di kilometer 226.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Pedas Linggi, di sini, awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Tiga individu maut dan enam lagi cedera parah dalam kemalangan di kilometer 226.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Pedas Linggi pada jam 5.50 pagi tadi.
  • Mangsa yang maut ialah pemandu lori Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh Md Usuf Ali, 44; dan pelajar Kolej Sunway Terence Ng Zhi Yang, 21.
  • Lori yang membawa muatan tanah dan bunga hilang kawalan, melanggar besi penghadang, dan terbabas, menyebabkan kenderaan lain dari arah belakang tidak sempat mengelak dan berlanggar secara berturutan.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi itu, dua mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Beliau berkata, mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar Kolej Sunway di Kuala Lumpur Terence Ng Zhi Yang, 21.
“Kemalangan membabitkan lori membawa muatan tanah dan bunga dinaiki tiga individu, kereta jenis Honda City, kereta jenis BMW, dan sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki warga Myanmar.
“Siasatan awal mendapati, lori yang bergerak di lorong kiri lebuh raya itu dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menghala ke Senawang telah hilang kawalan dan melanggar besi penghadang sebelah kanan jalan sebelum terbabas ke kiri jalan,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Mengulas lanjut, ujarnya, insiden itu mengakibatkan Honda City yang datang dari arah belakang dan memandu di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar lori berkenaan.
“Manakala kereta jenis BMW dan Toyota Vios yang juga datang dari arah belakang tidak dapat mengelak lalu berlanggar secara berturutan.
“Kesemua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” tambahnya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat K Kaveearassu di talian 011-21581473 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Pedas Linggi
#nahas empat kenderaan
#pelajar kolej
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan