awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori terbalik, 4 tan ikan kembung bertaburan atas jalan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/05/2020
20:34 MYT
Lori terbalik, 4 tan ikan kembung bertaburan atas jalan
Orang awam mengutip ikan kembung yang bertaburan di atas jalan selepas mendapat kebenaran pemilik. -Foto viral
Sebanyak empat tan ikan kembung bertaburan di atas jalan raya selepas lori yang membawa hasil laut itu terbabas lalu terbalik di susur lebuh raya berhampiran Jambatan Batu 5, di sini, pada Ahad.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu lori berkenaan yang berusia 45 tahun selamat daripada sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata ketika kejadian lori tersebut dipercayai dalam perjalanan dari arah Sitiawan ke Hutan Melintang.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas lalu terbalik.
"Kejadian telah menarik perhatian orang awam yang melalui kawasan tersebut dan ada antara mereka mengutip ikan-ikan selepas mendapat kebenaran pemilik syarikat dari Sungai Besar itu.
“Bagaimanapun, jumlah ikan yang diambil itu hanya kira-kira 300 kilogram sahaja” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial orang ramai mengutip ikan-ikan selepas lori yang membawa hasil laut itu terbalik.
Menurut Mohd Marzukhi, kerja-kerja mengumpul ikan yang turut dilakukan pekerja syarikat berkenaan selesai kira-kira pukul 7 malam tadi.
Topic Berkaitan
#bertaburan di atas jalan
#ikan kembung
#Jambatan Batu 5
#kebenaran pemilik
#lori terbalik
#Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar
#Sungai Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan