KUALA LUMPUR: Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia, Lotus’s yang menjadi destinasi pilihan membeli-belah keluarga kembali menawarkan harga rendah setiap hari menerusi kempen #BanggaMelangkahBersama yang kini berlangsung sehingga 21 September di seluruh rangkaian Lotus’s di seluruh negeri.

Menerusi kempen ini, pengguna boleh menikmati pelbagai produk dengan harga rendah sekaligus merupakan satu langkah baik dalam mempromosikan dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan tempatan dengan #LotussSokongProdukMalaysia kepada masyarakat.


Dapatkan keperluan dapur pada harga rendah!


: Dapatkan diskaun-diskaun terbaik bagi barangan keperluan rumah anda!.

Di Lotus's, terdapat pelbagai jenama kegemaran anda serta produk berkualiti yang dihasilkan oleh PKS dan perniagaan tempatan yang merupakan hasil buatan Malaysia.


Akses makanan lebih mudah, makanan dalam tin dan mi segera

Makanan dalam tin dan Mi Segera turut diberikan diskaun dalam kempen ini.


Kami percaya, ramai yang sibuk dengan urusan di pejabat dan di rumah mesti sukar untuk menguruskan masa termasuk penyediaan juadah makanan.

Kini anda tidak perlu lagi bimbang, makanan dalam tin dan mi segera disediakan di Lotus’s pastinya dapat menyediakan sajian dalam tempoh yang singkat.


Mudahkan urusan dapur anda!

Sentiasa pastikan sos masakan dan paket santan sentiasa ada untuk digunakan dalam masakan harian anda dan dapatkan di Lotus’s.


Di Lotus’s, pelbagai tawaran keperluan dapur pada harga diskaun yang menarik termasuk sos masakan, paket santan dan banyak lagi bagi melancarkan urusan harian di dapur.


Tawaran promosi hebat barangan kegemaran anda!

Lotus’s turut menawarkan promosi uncang teh dan kotak simpanan barang yang turut menjadi pilihan orang ramai ketika membeli belah.


Terdapat pelbagai rangkaian produk popular ditawarkan di Lotus’s pada harga terbaik dan meringankan ‘beban’ perbelanjaan harian.

Antaranya bagi barangan-barangan anda yang kini sudah ‘menimbun’ tetapi tiada tempat penyimpanan yang bersesuaian? Kini, di Lotus’s, mempunyai tawaran kotak simpanan bersaiz ‘mesra alam’, sesuai untuk meletakkan semua barangan anda. Hebat bukan?

Selain itu, Uncang Teko Teh Asli/Ekstra yang menjadi pilihan ramai turut ditawarkan harga promosi kepada orang ramai. Tiada kerisauan jika anda beli secara pukal barangan kegemaran anda ini!.


Menawarkan barangan elektrik yang berkualiti dengan harga terbaik!

Barangan elektrik turut diberikan promosi istimewa oleh Lotus’s dengan nilai hebat kepada rakyat Malaysia.

Jangan lagi gusar mengenai pengurusan penggunaan peralatan elektrik anda selepas ini kerana Lotus’s menawarkan barangan elektrik seperti ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi daripada jenama terkenal yang berkualiti kepada orang ramai dengan tawaran harga terbaik!

Apa lagi, jangan lepaskan peluang anda untuk merebut tawaran promosi hebat ini!


Ceria Cara Lotus's dengan berbelanja barangan di Lotus’s secara online!

Nikmati pelbagai lagi manfaat dan ganjaran sebagai ahli My Lotus's.

Tiada masa untuk keluar membeli barang? Jom kita dapatkan bekalan keperluan runcit dan rumah anda hanya di Lotus's atau lakukan pembelian mudah secara online di platform tersedia Lotus’s!

Lotus’s merupakan peruncit multirangkaian terbesar dengan pelbagai kaedah pembelian yang boleh pelanggan pilih termasuk menerusi platform e-dagang Lazada, Shopee, Happy Fresh, Grab Mart serta Food Panda.

Jenama peruncit tersebut turut mempunyai platform online sendiri bagi memudahkan pengguna serta rangkaian Pesan dan Ambil untuk penghantaran atau mengambilnya sendiri di stor Lotus’s.

Tidak ketinggalan, nikmati pelbagai lagi manfaat dan ganjaran sebagai ahli My Lotus's yang tentunya murah dan jimat! Jangan berlengah untuk nikmati penjimatan terbaik menerusi kempen #BanggaMelangkahBersama, sebab #KitakanJiran! di semua rangkaian Lotus’s di seluruh Malaysia!. Dapatkan katalog Lotus’s di sini.

*Artikel ini adalah kandungan berbayar.