awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
03/09/2024
09:06 MYT
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Kumpulan 'human graphic' merupakan kumpulan pertama yang tiba dan yang terakhir beredar untuk pertunjukan perarakan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan ‘human graphic’ yang telah menunjukkan komitmen sangat baik semasa acara sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos lalu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan mengadakan satu majlis apresiasi bagi meraikan semua petugas yang menjaya sambutan berkenaan dalam masa terdekat.
“Beliau (Perdana Menteri) minta satu acara diusahakan untuk ucap terima kasih kepada pasukan. Di peringkat Kementerian Komunikasi memang akan atur satu majlis apresiasi.
“Tetapi Perdana Menteri minta untuk pertimbangkan sesuatu untuk pasukan human graphic yang bersedia seawal pukul dua pagi untuk ke tapak.
“Mereka merupakan kumpulan pertama yang tiba dan yang terakhir beredar (untuk pertunjukan perarakan). Dari mula sehingga hujung tunjukkan semangat yang cukup tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan Kerajaan Perpaduan pada Selasa.
Tambah Fahmi, sambutan Hari Kebangsaan yang turut berlangsung di seluruh negara juga menunjukkan semangat cinta negara jelas disemarakkan dan perlu diteruskan.
Beliau juga memaklumkan sambutan berikutnya bagi Hari Malaysia akan berlangsung di Sabah pada 16 September akan datang.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Anwar Ibrahim
#Hari Kebangsaan
#Hari Malaysia
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan