Seorang pekerja kilang yang menjadi mangsa penipuan Love Scam mengalami kerugian RM45,000 selepas diperdayakan seorang lelaki yang menawarkannya pelaburan saham dengan keuntungan dua kali ganda.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata wanita berusia 53 tahun itu mendakwa beliau mula mengenali suspek melalui media sosial Facebook sebulan yang lepas.
"Disebabkan percaya kata-kata suspek, wanita itu telah membuat tiga kali pembayaran ke akaun suspek yang ke semuanya berjumlah RM45,000 dan dimaklumkan akan menerima wang yang telah dilaburkan, bersama dengan keuntungan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun semalam wanita itu diberitahu suspek pemulangan wang yang dilaburkan pada 19 Julai lepas itu akan lewat, dan sebaliknya wanita itu diarahkan sekali lagi memasukkan wang berjumlah RM70,000 ke akaun yang sama, yang mana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wangnya tidak akan dapat dikembalikan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu dalam kes berasingan, Aidi Sham berkata seorang lelaki ditahan selepas membuat laporan palsu mendakwa dia disamun dua lelaki bermotosikal di sebuah jalan pintas ke Lukut, pada pukul 7.15 petang, Isnin lepas.
Beliau berkata lelaki itu yang membawa wang RM100,000 yang disyaki milik pelanggan perniagaan bitcoin sanggup mencederakan diri sendiri dan telah menerima 25 jahitan di Hospital Port Dickson.
"Lelaki berkenaan bagaimana pun hanya membuat laporan pada 12.50 tengah malam Selasa lalu. Dalam laporan itu, dia mendakwa disamun dua lelaki bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan pada lengan kanannya susulan ditoreh selain wang tunai RM100,000, dokumen pengenalan dirinya, dan telefon bimbit yang diletakkan dalam bakul motosikalnya dilarikan.
"Bagaimana pun pada hari yang sama laporan dibuat, dia ditahan polis kira-kira pukul 3.15 petang di kediamannya di Kampung Lagenda di sini kerana keterangan dan laporan yang dibuat meragukan," katanya sambil menambah susulan penahanan itu, polis menemui semula wang berkenaan yang disembunyikan di kawasan semak berhampiran Sungai Pinggiran Senawang.
Katanya, suspek direman selama enam hari bermula semalam dan kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2019
![Love Scam: Wanita rugi RM45,000 diperdaya tawaran pelaburan saham Love Scam: Wanita rugi RM45,000 diperdaya tawaran pelaburan saham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463549309_ScamGeneric.jpg)
Seorang pekerja kilang menjadi mangsa penipuan Love Scam selepas diperdaya seorang lelaki. -Gambar hiasan
Syarikat penerbangan digesa buka laluan baharu antara Sarawak dan Nusantara
Konsul Jenderal Republik Indonesia di Sarawak Raden Sigit Witjaksono berkata laluan penerbangan baharu itu dilihat mampu membuka peluang besar dari segi ekonomi antara Sarawak dan Indonesia.
Brunei isytihar ruang udara terhad sementara
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Brunei mengumumkan kawasan dalam radius tiga batu nautika (5.56 kilometer) daripada lokasi tertentu di negara ini diisytiharkan sebagai ruang udara terhad sementara.
i-CATS terima kemasukan pertama pelajar aeroangkasa September ini
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata i-CATS telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menubuhkan fakulti aeroangkasa, bidang baharu di institut pendidikan milik kerajaan Sarawak itu.
Sarawak bakal terima pelaburan lebih AS$20 bilion untuk hasilkan tenaga solar
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari tun openg berkata, pelaburan itu diterima daripada dua syarikat pengeluar tenaga, dari China dan Emeriah Arab Bersatu.
![Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada TYT Pulau Pinang Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada TYT Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722073879_TunAhmadFuziAbdul.jpg)
Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada TYT Pulau Pinang
Lim Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang atas penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri.
![Paris 2024: Johnathan terkandas di pusingan kelayakan 10m air pistol Paris 2024: Johnathan terkandas di pusingan kelayakan 10m air pistol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722077995_JohnathanWong.jpg)
Paris 2024: Johnathan terkandas di pusingan kelayakan 10m air pistol
Hasrat penembak negara Johnathan Wong untuk mara ke pusingan akhir acara 10 meter (m) air pistol lelaki di temasya Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila terkandas di pusingan kelayakan hari ini.
![Percubaan klinikal sel darah tiruan akan bermula di Jepun Percubaan klinikal sel darah tiruan akan bermula di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/61440635112_bloodtest.jpg)
Percubaan klinikal sel darah tiruan akan bermula di Jepun
Kajian klinikal sel darah merah tiruan yang boleh disimpan untuk transfusi semasa kecemasan akan bermula di Jepun pada Mac tahun depan.
![Dua maut, lima cedera nahas Toyota Hilux, treler di Temerloh Dua maut, lima cedera nahas Toyota Hilux, treler di Temerloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722076653_DuamautnahasToyot.jpg)
Dua maut, lima cedera nahas Toyota Hilux, treler di Temerloh
Dua maut selepas tersepit manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lanchang-Mentakab di Temerloh.
![Kampung Sungai Baru jadi Kampung Angkat Menteri Agama Kampung Sungai Baru jadi Kampung Angkat Menteri Agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722073581_TBNaimMokhtar.jpg)
Kampung Sungai Baru jadi Kampung Angkat Menteri Agama
Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, menjadi Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
![Sektor perikanan Malaysia rekod 1.3 juta tan metrik pengeluaran setakat Julai Sektor perikanan Malaysia rekod 1.3 juta tan metrik pengeluaran setakat Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722076461_PasarChabangTiga.jpg)
Sektor perikanan Malaysia rekod 1.3 juta tan metrik pengeluaran setakat Julai
Jumlah itu merangkumi subsektor perikanan tangkapan, akuakultur dan perikanan darat di seluruh negara.
![Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705748685_WanitaTrauma.jpg)
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
![Polis buru individu bakar kedai vape Polis buru individu bakar kedai vape](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703033413_TBbakarkedai.jpg)
Polis buru individu bakar kedai vape
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes.
![Seorang maut, dua parah angkara pandu laju Seorang maut, dua parah angkara pandu laju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663540561_TBkemalangan.jpg)
Seorang maut, dua parah angkara pandu laju
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
![Dua lelaki ditangkap sehari lepas ragut wanita Dua lelaki ditangkap sehari lepas ragut wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650496055_dualelaki.jpg)
Dua lelaki ditangkap sehari lepas ragut wanita
Ketika kejadian, mangsa yang sedang berjalan dengan anak perempuannya telah didatangi seorang suspek menunggang sebuah skuter berwarna merah.
![24 warga asing ditahan berpesta tepi pantai Port Dickson 24 warga asing ditahan berpesta tepi pantai Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641074591_TBTAHANWARGAASING.jpg)
24 warga asing ditahan berpesta tepi pantai Port Dickson
Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pasport sah dan visa sudah tamat tempoh.
![Pandu di lorong kecemasan, pemandu lori serah diri Pandu di lorong kecemasan, pemandu lori serah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639430377_PemanduLori.jpg)
Pandu di lorong kecemasan, pemandu lori serah diri
Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
![Lagi marshal berlagak 'polis trafik' dikesan Lagi marshal berlagak 'polis trafik' dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638741650_marshalberlagakp.jpg)
Lagi marshal berlagak 'polis trafik' dikesan
Rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan.
![Dua suspek menyamar polis dalam kes culik dan bunuh didakwa pagi ini Dua suspek menyamar polis dalam kes culik dan bunuh didakwa pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625384523_PolisLogo.jpg)
Dua suspek menyamar polis dalam kes culik dan bunuh didakwa pagi ini
Dua suspek yang masing-masing berusia 43 dan 44 tahun itu, akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Port Dickson pada 9 pagi.
![Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie' Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630743092_LogoPDRM.jpg)
Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'
Semua tangkapan dan motosikal masing-masing di bawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
![Pemandu mabuk rempuh dua kenderaan ditahan Pemandu mabuk rempuh dua kenderaan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635036087_SuperintendanAidiS.jpg)
Pemandu mabuk rempuh dua kenderaan ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan nahas.