awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan suis

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2024
02:00 MYT
LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan suis
Operasi perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis.
Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan, gangguan berkenaan mengakibatkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
“Kerja baik pulih gangguan suis landasan sedang dijalankan. Tren dipandu secara manual di Stesen Kelana Jaya ke Taman Bahagia.
“Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Khamis.
Susulan itu, tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata pengguna LRT Laluan Kelana Jaya menzahirkan kekecewaan kerana terpaksa berdepan dengan kelewatan pada waktu puncak.
Menurut pengguna media sosial, X, @heythisismira berkata, masalah gangguan suis ketika waktu sibuk di LRT Laluan Kelana Jaya benar-benar tidak boleh diterima.
“Saya menerima permohonan maaf daripada mereka (Rapid Rail), tetapi adakah pihak anda akan memberi pampasan kepada pengguna yang kehilangan masa?
“Keadaan itu membuatkan saya lewat pergi ke tempat kerja daripada kebiasaan,” katanya.
Sementara itu, @dklittlestar berkata, LRT Lauan Kelana Jaya mengambil masa selama 35 minit untuk melalui dua stesen.
"Saya bergerak dari Stesen Subang Jaya pada jam 8.25 pagi dan kini sudah jam 9 pagi, baru sahaja tiba di Stesen Ara Damansara. 35 minit untuk melalui dua stesen," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#LRT Kelana Jaya
#lrt tergendala
#gangguan suis
#Rapid Rail Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan