KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pemaju projek yang dikenal pasti menjadi punca kerosakan struktur di stesen LRT Bandaraya.
Menurutnya, tindakan itu tidak boleh dibuat sekarang kerana pihaknya mahu memastikan projek baik pulih dilaksanakan terlebih dahulu.
Tambahnya, kos pembaikan akan ditanggung Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan stesen tersebut hanya akan dibenarkan beroperasi selepas ia benar-benar selamat untuk digunakan.
“Kita akan melihat punca masalah ini. Seperti saya katakan, hasil siasatan menunjukan eroskana kepada tiga struktur disebabkan oleh ‘ground movement’ yang dipercayai daripada kerja-kerja di tapak pembinaan bersebelahan.
“Ini hasil daripada laporan yang diperolehi. Apabila kita dapat siasatannya, sudah tentu kita perlu mengambil kira juga siasatan lengkapnya juga.
“Selepas itu, jika didapati bahawa (kerosakan tiga struktur jejambat dan tiang) disebabkan projek pembinaan tersebut, akan kita rizabkan tindakan undang-undang kepada pemaju tersebut,” katanya.
Jelasnya, tindakan undang-undang tidak dibuat sekarang kerana biasanya ia akan mengambil masa lama sedangkan projek baik pulih harus dilakukan segera.
Justeru, tegasnya, selepas mendapat bukti kukuh, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut pampasan berkaitan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini pada Rabu.
Tambahnya, selepas insiden itu, Prasarana telah memeriksa semua struktur dalam rangkaiannya bagi memastikan ia selamat.
“Selagi pihak perunding tidak beri lampu hijau untuk buka landsan itu (di Stesen LRT Bandaraya), kita tidak akan buka landasan itu.
“Walaupun ia beri kesan…ramai akan mengeluh kerana gangguan perkhidmatan, saya terpaksa menanggung semua tekanan tersebut kerana apa yang penting, keselamatan mesti diutamakan,” ujarnya.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan kerosakan tiga struktur jejambat dan tiang yang retak berhampiran stesen LRT Bandaraya disebabkan oleh 'pergerakan tanah' yang dipercayai daripada kerja-kerja tapak pembinaan bersebelahan.
Demikian hasil siasatan dijalankan Prasarana susulan kerosakan tersebut mengakibatkan penggantungan perkhidmatan di antara stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya semenjak 27 Januari 2023.
Ridauddin Daud
Wed Feb 22 2023
Anthony Loke berkata kos pembaikan akan ditanggung Prasarana dan stesen tersebut hanya akan dibenarkan beroperasi selepas ia benar-benar selamat untuk digunakan. - Foto fail/BERNAMA
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.