Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan dividen sebanyak 2.0 peratus bagi ahlinya untuk tahun kewangan 2018 berakhir 31 Disember 2018.
Bercakap pada sidang media di sini, Ketua Eksekutif LTAT, Nik Amalizan Mohamed berkata, dividen itu berdasarkan hasil yang diraih bagi FY18 walaupun mencatat kemerosotan ketara sebanyak 51.9 peratus kepada RM221.0 juta.
"Kemerosotan ketara bagi FY18 itu adalah disebabkan oleh pelbagai faktor yang melibatkan dua tahun kewangan sebelumnya," katanya.
Pada FY17, LTAT mencatatkan keuntungan terkumpul sebanyak RM38.7 juta berbanding kerugian terkumpul RM170.8 juta bagi FY16.
Beliau berkata, perakuan pendapatan semula sebanyak RM238.8 juta pada FY16 daripada dua transaksi jualan tanah yang belum selesai telah menyebabkan keperluan untuk penyataan semula pendapatan LTAT bagi FY16 daripada RM595 juta kepada RM356.2 juta.
Selain itu, tindakan membuat perakuan awal sebanyak RM202.7 juta membabitkan dua lagi transaksi jualan tanah belum selesai pada FY17 juga menyebabkan penyataan semula pendapatan bagi FY17 daripada RM662.2 juta kepada RM459.5 juta.
"Selain itu berlaku dividen terlebih bayar bagi FY16 dan FY17 yang memberi kesan terhadap pendapatan dan menyaksikan kemerosotan secara ketara daripada RM384.7 juta kepada RM65.9 juta pada FY16.
"Pendapatan terkumpul bagi FY17 terus susut kepada kerugian terkumpul sebanyak RM170.8 juta daripada pendapatan terkumpul positif sebanyak RM65.9 juta sebelum ini," katanya.
Ditanya sama ada LTAT merancang untuk melepaskan sebarang aset pentingnya bagi meningkatkan aliran tunai, beliau berkata, perkara itu masih terlalu awal untuk diputuskan atas alasan sebarang keputusan yang diambil perlu menitikberatkan kepentingan para ahlinya.
Setakat 31 Disember 2018, aset di bawah pengurusan LTAT adalah berjumlah RM9.4 bilion. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 30 2019

Lembaga Tabung Angkatan Tentera umum dividen sebanyak 2.0 peratus bagi ahlinya untuk tahun kewangan 2018 berakhir 31 Disember 2018.

Penyanyi lagu Widuri, Bob Tutupoly, meninggal dunia pada usia 82 tahun
Difahamkan, Bob sejak kebelakangan ini kerap berdepan masalah kesihatan dan sering berulang alik ke hospital untuk menjalani rawatan.

Ibadah Korban | Permintaan lembu ‘gemuk’ berkurangan, harga tinggi
Permintaan lembu ‘gemuk’ bagi ibadah korban di kawasan luar bandar tahun ini didakwa berkurangan kerana harga yang tinggi. Penternak di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan, Mohd Saiful Basri Mat Yaakob berkata orang ramai tidak berani membeli lembu bersaiz besar kerana harganya boleh mencecah RM12,000 hingga RM20,000 seekor.
![[TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling [TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976599/thumbnails/4194786951657003269630_640x360.jpg)
[TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling
Perkembangan lanjut penemuan mayat ketiga kejadian kepala air di Kampung Iboi, Kupang, Baling bersama Wakil Astro AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang.

OPR | Dijangka meningkat ke paras 3.00-3.25% tahun ini
Kadar dasar semalaman (OPR) dijangka berada pada paras 3.00 hingga 3.25 peratus pada tahun ini. Unjuran itu dibuat Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Afzanizam Abd Rashid yang mengatakan peningkatan OPR dilihat penting dalam mengimbangi peningkatan inflasi yang ketika ini berada pada paras 2.8 peratus.

Kerjasama komuniti kekalkan operasi KIB AADK
Walau sehebat mana inisiatif dan dasar yang kerajaan gariskan untuk kesejahteraan rakyat, ia tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kurang kerjasama daripada komuniti.

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi persidangan ACWW
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan Persidangan ke-13 Persatuan Wanita Desa Sedunia bagi kawasan Asia Tenggara dan Timur Jauh di sini.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Astro umum dividen interim pertama 1.25 sen sesaham
Pengumuman itu dipengaruhi kemampuan syarikat mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan sentiasa proaktif dari aspek pengurusan modal syarikat.

Hajiji gesa GLC bayar dividen RM1 juta mulai tahun ini
Hajiji gesa GLC Sabah membayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta kepada kerajaan negeri mulai tahun ini.

Bank Rakyat umum dividen 15 peratus
Kumpulan Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding 13 peratus pada tahun kewangan 2020.

Petronas Chemical rekod keuntungan bersih RM7.3 bilion bagi FY21, tertinggi dalam sejarah
PCG turut mengisytiharkan dividen sesaham dan nisbah pembayaran tertinggi untuk FY21 sejak penyenaraian 2010 iaitu sebanyak 56 sen.

Perolehan AEON Credit susut 10.7% bagi Q4FY22
Penurunan itu juga terpampang pada tahun kewangan berakhir 28 Februari 2022 (FYE22) yang menunjukkan penyusutan 2.4%.

Kadar dividen KWSP sepatutnya 6.7 peratus jika tiada pengeluaran - Tengku Zafrul
Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan baru-baru ini sepatutnya lebih tinggi pada 6.7 peratus berbanding 6.1 peratus jika tiada pengeluaran simpanan oleh ahli-ahlinya.

Kadar dividen 2021 LTAT sebanyak 4.1 peratus - PM Ismail Sabri
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen sebanyak 4.1 peratus bagi tahun 2021.

KWSP catat prestasi kukuh semasa pemulihan ekonomi, fokus terhadap bina semula simpanan ahli
KWSP isytihar dividen 6.10% untuk Simpanan Konvensional dan 5.65% Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM56.72 bilion.

Prestasi cemerlang KWSP pada 2021 perkukuhkan lagi reputasinya - Ahli ekonomi
KWSP hari ini mengisytiharkan dividen 6.10 peratus untuk simpanan konvensional bagi 2021.

KWSP umum dividen 6.10 peratus bagi tahun 2021
Kadar dividen bagi Simpanan Shariah pula ialah pada 5.65 peratus.