awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LUAS kesan 3 ton bacaan bau pencemaran, bekalan air dijangka pulih 3 petang ini

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/05/2022
04:14 MYT
LUAS kesan 3 ton bacaan bau pencemaran, bekalan air dijangka pulih 3 petang ini
Bekalan air bersih telah mula disalurkan secara berperingkat mulai awal pagi Ahad. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menerima aduan berhubung pencemaran bau diesel membabitkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada pukul 12.30 tengah hari semalam (Sabtu).
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim bagaimanapun, berkata, tiada sebarang penemuan berkaitan pencemaran yang dimaklumkan dan hasil semakan bau juga menunjukkan bacaan 0 ton.
Hasil siasatan pihak LUAS pada pukul 1 tengah hari di LRA berkenaan telah memperoleh bacaan sebanyak 3 ton.
“Insiden ini berlaku di luar jangkaan dan siasatan segera pihak LUAS pada jam 1 tengah hari di LRA berkenaan mendapati bau sebanyak 3 ton, namun secara fizikal tiada tompokan minyak dikesan di sungai. Pensampelan telah dilakukan oleh LUAS untuk analisa lanjut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Setakat ini, LUAS turut mengenal pasti beberapa lokasi yang berpotensi menjadi punca pencemaran merangkumi aktiviti pengorekan pasir di beberapa kawasan.
Susulan isu gangguan air yang dilaporkan, Izham berkata, bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat pada awal pagi Ahad.
“Setakat jam 6 pagi hari ini, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 48 peratus.
“Sehubungan itu, bekalan air di kawasan-kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang ini, 1 Mei 2022,” katanya lagi.
Selain itu, LUAS dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd turut mengambil inisiatif dengan menggerakkan lori tangki dan keutamaan diberikan terhadap premis-premis kritikal.
Topic Berkaitan
#loji rawatan air
#Semenyih
#LUAS
#gangguan bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan