awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri dibawa ke mahkamah
4 maut, 23 cedera dalam kemalangan bas di Nepal
Imigresen gempur 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai, 77 warga asing ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubnan akan fail aduan 'pencerobohan' Israel dengan Majlis Keselamatan PBB

Bernama
Bernama
07/04/2023
21:14 MYT
Lubnan akan fail aduan 'pencerobohan' Israel dengan Majlis Keselamatan PBB
Seorang lelaki melihat kerosakan yang terjadi susulan serangan udara Israel di Ras al-Ain, selatan Lubnan, 7 April 2023. - REUTERS
BEIRUT (Lubnan): Lubnan bercadang membuat aduan rasmi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung "pencerobohan" Israel yang disengajakan yang berlaku awal Jumaat, menurut kenyataan Kementerian Luar.
Kementerian itu berkata Israel telah melanggar kedaulatan Lubnan dengan mengebom kawasan di selatan Lubnan.
"Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat Abdallah Bou Habib mengarahkan Misi Tetap Lubnan ke PBB di New York untuk mengemukakan aduan rasmi kepada Majlis Keselamatan PBB berhubung impak pengeboman Israel dan pencerobohan yang disengajakan pada waktu subuh hari ini (Jumaat) di kawasan selatan Lubnan," lapor Anadolu Agency memetik kementerian luar.
Ia menyifatkan pencerobohan Israel sebagai "satu pencabulan terang-terangan terhadap kedaulatan Lubnan dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 ... (yang) mengancam kestabilan yang dinikmati oleh selatan Lubnan."
Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 menggesa penamatan permusuhan serta pengunduran Israel dari selatan Lubnan.
Awal Jumaat, tentera Israel melancarkan serangan udara di Lubnan beberapa jam selepas ia menyerang Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan, Israel berkata ia menyerang sasaran milik kumpulan penentang Palestin Hamas di selatan Lubnan.
Tentera Israel pada Khamis berkata sekurang-kurangnya 30 roket ditembak dari selatan Lubnan ke arah Israel.
Setakat ini, belum ada mana-mana kumpulan di Lubnan mengaku bertanggungjawab.
Tindakan itu berlaku selepas tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan mengusir secara paksa jemaah Palestin, dua malam berturut-turut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lubnan
#Pencerobohan Israel
#serangan udara
#Majlis Keselamatan PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan