awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Super Sepanyol: Atletico bermain lebih baik, Real Madrid yang mara
EPL: Arsenal kempunan jarakkan mata, buntu diikat Liverpool
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaran gaji bukan ladang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen gempur 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai, 77 warga asing ditahan

Bernama
Bernama
08/01/2026
02:15 MYT
Imigresen gempur 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai, 77 warga asing ditahan
Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut. - Foto Jabatan Imigresen Negeri Sembilan
SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 77 pendatang asing tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan dijalankan di 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai bermula 9 pagi Selasa sehingga 1 pagi (Rabu).
Pengarah JIMNS Kennith Tan Ai Kiang berkata pemeriksaan dilakukan ke atas 395 warga asing hasil aduan dan risikan selama seminggu.
"Daripada pemeriksaan itu, sebanyak 77 warga asing tanpa izin berumur antara 19 hingga 47 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen, melibatkan 71 lelaki dan enam perempuan.
"Tangkapan membabitkan empat warganegara Indonesia, Pakistan (10), Bangladesh (26), India (26), Thailand (enam) serta Myanmar (lima) dan daripada jumlah itu, sebanyak 55 ditahan dalam serbuan di sebuah kilang sabun di Nilai," katanya dalam kenyataan di sini.
Kennith berkata antara kesalahan utama adalah tidak memiliki pas dan dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa serta kesalahan lain yang melanggar peruntukan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Beliau berkata kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
"Selain tindakan terhadap warga asing itu, tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah juga akan diambil terhadap mana-mana majikan atau individu yang didapati menggaji atau melindungi warga asing tanpa izin mengikut peruntukan undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pati
#JIMNS
#serbuan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan