awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubnan hadapi serangan udara besar-besaran Israel - Sumber tentera

Bernama
Bernama
28/09/2024
12:57 MYT
Lubnan hadapi serangan udara besar-besaran Israel - Sumber tentera
Pesawat perang Israel melancarkan lebih daripada 100 serangan udara di selatan Lubnan dan kira-kira 50 serangan di bandar-bandar dan perkampungan di timur Lubnan. - Reuters
BEIRUT: Pesawat perang Israel melancarkan siri serangan udara ke atas lokasi Hizbullah serta bandar-bandar dan perkampungan di selatan dan timur Lubnan pada awal pagi Sabtu, kata sumber tentera negara ini.
Sumber yang enggan dikenali itu memberitahu Xinhua bahawa pesawat perang Israel melancarkan lebih daripada 100 serangan udara di selatan Lubnan dan kira-kira 50 serangan di bandar-bandar dan perkampungan di timur Lubnan.
Mereka berkata serangan berkenaan menyasarkan lokasi Hizbullah dan pinggir puluhan bandar, selain kawasan terbuka, lembah dan hutan.
"Kebanyakan serangan di selatan Lubnan menyasarkan bandar-bandar dan kampung-kampung yang mengelilingi Bandar Tyre dan Nabatieh, kawasan tinggi di Wilayah Jezzine, Iqlim al-Tuffah, dan kampung-kampung sempadan yang meluas dari kampung di tenggara Kafr Kila hingga ke pinggir Naqoura di barat," kata sumber tentera Lubnan itu.
Serangan berkenaan turut menyasarkan empat pusat pertahanan awam, mencederakan lima orang yang kemudiannya dipindahkan ke sebuah hospital di Bandar Nabatieh, manakala di timur Lubnan, serangan mengenai Bandar Baalbek dan kampung-kampung sekitarnya, menurut sumber itu.
Konfrontasi antara Hizbullah dan Israel semakin memuncak kebelakangan ini selepas Israel mengumumkan perluasan serangannya terhadap Hamas ke Lubnan.
Sementara itu, Hizbullah mengumumkan permulaan fasa baru dalam perjuangannya untuk menyokong Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lubnan
#serangan Israel
#Hizbullah
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan