Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menaik taraf beberapa prasarana di pusat rekreasi Lubuk Timah Hot Spring di Simpang Pulai yang sekali gus akan menjadikannya sebagai pusat pelancongan kelas pertama, kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata pihaknya akan menaik taraf antaranya jalan masuk ke pusat rekreasi itu sejauh 900 meter, bekalan elektrik dan menambah bilangan chalet.
"Pusat rekreasi air terjun ini cukup baik untuk bermalam manakala pada waktu siang, pengunjung boleh menikmati alam semula jadi seperti air terjun. Setakat ini pusat rekreasi ini mempunyai tujuh chalet.
"Jalan masuk ke pusat ini masih belum ditar dan apabila hujan jalan akan lecak, manakala musim panas jalannya akan berdebu," katanya kepada pemberita semasa membuat lawatan kerja ke pusat rekreasi itu pada Ahad.
Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan kementerian lain untuk melaksana kerja menaik taraf pusat pelancongan itu dan ia dijangka siap sebelum Tahun Melawat Perak 2017.
Mohamed Nazri berkata beliau juga akan memaklumkan kepada Tourism Perak untuk mempromosi Lubuk Timah Hot Spring sebagai pusat pelancongan yang wajib dikunjungi.
"Lokasi pusat rekreasi ini adalah strategik kerana ia melalui jalan menuju Cameron Highlands. Sekiranya pengunjung mahu ke Cameron Higlands, mereka boleh singgah ke Lubuk Timah Hotspring," katanya.
Sementara itu Pengurus Projek Lubuk Timah Hot Spring, Fadzil Akhma Mohd Yusoff berkata pusat rekreasi yang dilengkapi dengan kemudahan itu sedia menerima kunjungan orang ramai dengan bayaran RM3 bagi dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak.
"Lubuk Timah yang berkeluasan 4.046 hektar menjadi pusat rekreasi keluarga untuk merehatkan badan kerana memiliki keunikan air terjun dan kolam air panas," katanya.
Bernama
Mon Apr 04 2016
Kemudahan di Lubuk Timah Hot spring akan dinaik taraf bagi menjadikannya lebih menarik untuk dilawati. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Lubuk Timah Hot Spring bakal jadi pusat pelancongan kelas pertama - Nazri Aziz
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menaik taraf antaranya jalan masuk ke pusat rekreasi itu sejauh 900 meter, bekalan elektrik dan menambah bilangan chalet.