awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lynas: Ketegasan kerajaan legakan rakyat, henti polemik

Bernama
Bernama
16/08/2019
08:37 MYT
Lynas: Ketegasan kerajaan legakan rakyat, henti polemik
Lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd diperbaharui selama enam bulan, menurut Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) hari ini. Pembaharuan lesen Lynas, yang beroperasi di Gebeng, kali ini disertakan dengan beberapa syarat utama. - fotoBERNAMA
Ketegasan kerajaan dalam mewajibkan beberapa syarat dalam melanjutkan lesen operasi kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng di sini, seharusnya memberi kelegaan kepada rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata ketetapan itu sudah pasti dibuat selepas kerajaan menilai semua aspek dalam operasi Lynas dan setelah mendengar pandangan pakar isu nadir bumi dan bahan radioaktif.
Sehubungan itu, beliau berpandangan adalah wajar pihak terlibat dalam isu ini memberi masa kepada Lynas untuk memenuhi syarat yang diberikan dan menghentikan segala polemik mengenai operasi kilang itu.
"Antara syarat yang ditetapkan ialah Tapak Pelupusan Kekal (PDF) bagi sisa Water Leached Purification (WLP) yang perlu diberi perhatian penuh oleh Lynas manakala kerajaan negeri Pahang harus dilibatkan dalam urusan ini.
"Pastikan semua peraturan dan kajian sewajarnya termasuk kajian alam sekitar dilakukan dengan sebaiknya dengan pemantauan ketat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Andansura berkata syarat supaya pembinaan PDF mengikut standard antarabangsa dengan pemantauan oleh AELB juga seharusnya memberi kelegaan kerana menunjukkan pelaksanaannya adalah dibuat secara teliti.
"Oleh itu, saya berharap buat masa ini, pihak yang terlibat untuk menghentikan suara tidak berpuas hati. Semua pihak sudah perlu bergerak ke depan.
"Tindakan ini boleh memberi kesan yang besar kerana ia melibatkan keyakinan pelabur untuk terus melabur di sini, menyebabkan kita semua perlu mencari jalan penyelesaian dan bergerak ke depan," katanya.
Andansura yakin kerajaan juga sudah pasti menimbangkan segala aspek yang perlu sebelum membuat keputusan yang boleh membangunkan negara, dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan rakyat dan alam sekitar.
Semalam, kerajaan mengumumkan perlanjutan lesen operasi Lynas, yang sepatutnya tamat pada bulan hadapan kepada enam bulan lagi dengan syarat yang perlu dipenuhi kilang yang berasal dari Australia itu.
Topic Berkaitan
#ADUN Beserah
#AELB
#Andansura Rabu
#bahan radioaktif
#Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
#lynas malaysia sdn bhd
#nadir bumi
#Pahang
#PDF
#tapak pelupusan kekal
#Water Leaached Purification
#WLP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan