SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berhubung kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat yang dilaporkan di beberapa negeri.
Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbani berkata, sebagai agensi yang menguruskan dana zakat untuk kebajikan awam, LZS amat menitikberatkan amanah dan integriti demi memastikan wang tersebut diurus dengan baik.
Menurutnya, nilai amanah itu bukan sahaja dalam kalangan warga kerja tetapi juga pihak yang dilantik oleh LZS.
"LZS memandang serius terhadap sebarang salah laku yang membabitkan integriti dan tanpa kompromi akan mengambil tindakan tatatertib serta undang-undang terhadap mana-mana individu atau syarikat yang terlibat.
"Ini penting bagi memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada LZS sentiasa terpelihara dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat tidak terjejas," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada Khamis yang mendedahkan jabatan itu sedang menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.
Ramli berkata, siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan zakat bermula Mac hingga September 2023.
Tambahnya, kes tersebut antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat dalam tempoh tahun lalu dengan dua kes direkodkan di Selangor, masing-masing satu kes di Terengganu dan Perak.
Dalam pada itu, Mohd Sabirin berkata, LZS sentiasa bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Tambah beliau, LZS juga akan terus menambah baik tadbir urus dan proses dalaman bagi memastikan salah laku integriti tidak berlaku serta dapat ditangani dengan baik.
"Sehingga kini, pelbagai kawalan risiko dalaman dan luaran dilaksanakan bagi memastikan integriti dan kredibiliti LZS terpelihara termasuk pelaksanaan pelbagai siri pengauditan.
"Antaranya Firma Audit Antarabangsa, Audit Negara, Audit SIRIM, Audit ABMS, Audit Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Audit Dalaman LZS dan sebagainya," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 06 2024

Mohd Sabirin berkata, sebagai agensi yang menguruskan dana zakat untuk kebajikan awam, LZS amat menitikberatkan amanah dan integriti demi memastikan wang tersebut diurus dengan baik. - Foto Sinar Harian

UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari
Sebanyak 609 tangkapan dilakukan semasa lawatan ke lebih 800 premis termasuk restoran, tempat cuci kereta dan kedai serbaneka.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.

Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras.

Laluan, kawasan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Pulau Pinang sesak, ada yang pengsan
Orang ramai, terutama penganut Hindu, semakin memenuhi jalan dan kawasan menghala ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani.

Pelbagai pihak bantu ringankan beban mangsa banjir di Sarawak
Selain NGO, beberapa syarikat swasta turut turun padang menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025
Laos menyasarkan untuk menarik 4.3 juta pelancong antarabangsa pada 2025, dengan jangkaan menjana pendapatan lebih US$1 bilion.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seru lebih ramai pemimpin wanita dari Borneo menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.

CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.

PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.

LZS kutip zakat berjumlah RM844 juta tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan kutipan zakat berjumlah RM844 juta membabitkan 322,000 pembayar zakat termasuk individu dan syarikat korporat sepanjang tahun ini.

Jenazah bayi beku: Ibu bapa disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor
Pasangan suami isteri yang tular berhubung dakwaan jenazah bayi mereka disimpan dalam peti mayat di Klang, baru-baru ini disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk proses bantuan.

LZS perkenal inisiatif Radiuz, tarik masyarakat bayar zakat
Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat (Radiuz) sebagai inisiatif menggalakkan dan menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk membayar zakat.

LZS peruntuk RM31.9 juta bantuan Ramadan dan Syawal
Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM31.9 juta bantuan Ramadan dan Syawal untuk diagihkan kepada 68,311 asnaf fakir, miskin dan mualaf.

LZS peruntuk RM33.4 juta bantuan persekolahan pelajar asnaf, miskin dan mualaf tahun ini
Sebanyak RM33.4 juta diperuntukkan bagi membiayai yuran dan bantuan kelengkapan peralatan persekolahan tahun ini, kepada 34,116 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta mualaf.

MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.

LZS sedia beri kerjasama siasatan pecah amanah kutipan zakat
Lembaga Zakat Selangor bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan berhubung kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan lebih RM1 juta
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat perniagaan RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Mak paling banyak nasihat, ingatkan saya tentang zakat” - Siti Nurhaliza
"Kalau mahu harta kita bersih daripada perkara-perkara yang tidak diingini, kita kena selalu ingat untuk berzakat."

Asnaf Selangor diminta kemas kini maklumat penyambungan sewa rumah - LZS
Penerima bantuan sewa rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS) diminta supaya segera mengemas kini maklumat penyewaan secara dalam talian.