PENYANYI popular, Datuk M Nasir menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah mengenai lirik lagu ciptaannya ‘Nur Nilam Sari’ diubah pihak lain hingga tular di platform TikTok.
Katanya, dia tidak mampu menghalang dendangan yang diciptakan khusus untuk anaknya kerana ia sudah menjadi hak milik awam.
"Pada saya TikTok merupakan platfotm paling efektif dan menjadi budaya pada era ini. Tak tahu bila akan basi .Tidak ada negatif atau positif kerana ia tengah popular.
"Bergantung kepada pengguna untuk memanfaatkannya. Itu hak awam, saya tak ada benda nak cakap.
"Sebenarnya saya tak mahu komen. Benda dah tular pun. Terpulang katanya yang enggan mengulas mengenai lagu ‘Nur Nilam Sari’ yang ditukar kepada ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’," katanya kepada media.
Dalam perkembangan lain, beliau bakal mengadakan konsert Gendang Pati di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 November nanti.
Tiket-tiket berharga RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet).
Selain layari MyTicket.Asia, tiket boleh dibeli di [email protected] atau hubungi talian hotline 03 8605 0195.
Untuk sebarang perkembangan terkini mengenai Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur lawati Instagram: @mndsportnevent. -Gempak
Gempak
Thu Oct 19 2023
M Nasir menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah mengenai lirik lagu ciptaannya Nur Nilam Sari diubah pihak lain hingga tular di platform TikTok. -Gempak
Suspek pecah rumah Khuzaimi guna MPV putih - Polis
Polis sahkan menerima laporan berkaitan kejadian pecah rumah kediaman Pemain Pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee pada Rabu.
[TERKINI] Ucaptama Perdana Menteri di Forum Nikkei ke-29, masa hadapan Asia
Ikuti ucaptama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei).
#AWANInews
#AWANInews
Google Photos beri 10 ciri suntingan berbayar secara percuma
Ciri ini boleh digunakan percuma pada peranti Android dan juga iOS sejak Rabu tetapi diberikan secara berperingkat.
Anak MB Perlis mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu lebih RM19,000
Mohd Syafeeq Mohd Shukri mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.
TikTok dilapor bakal kurangkan sekitar 1,000 pekerja
Ia dikatakan akan melibatkan pekerja global TikTok, termasuk melibatkan bahagian operasi, kandungan dan juga pemasaran.
Isu hutang pengajian yang tinggi
: Pinjaman pengajian merupakan bahagian hutang kedua tertinggi yang ditanggung oleh kumpulan individu muda berumur 20 hingga 29 tahun, menurut Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporannya.
Bagaimana untuk mengurus hutang pengajian yang tinggi dengan cekap tanpa memberi tekanan tambahan kepada pengurusan kewangan?
Bagaimana untuk mengurus hutang pengajian yang tinggi dengan cekap tanpa memberi tekanan tambahan kepada pengurusan kewangan?
Reformasi Ekonomi: Iltizam gapai negara maju
Dekan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business, Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr Hassan Abu Bakar mengupas pasca Perutusan Negara oleh Perdana Menteri yang memberi fokus kepada reformasi ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju.
Sports Toto mohon kebenaran semakan semula kehakiman terhadap pemberhentian lesen oleh kerajaan Perlis
STM Lottery dan empat individu mahu mahkamah batalkan keputusan kerajaan negeri yang menafikan pembaharuan lesen premis perniagaan mereka.
Malaysia sedia pimpin ASEAN ke arah kestabilan, kemakmuran - PM Anwar
Malaysia komited untuk memperkuatkan kerjasama ekonomi serantau dan mengurangkan perbezaan dalam negara-negara ASEAN.
Shah Firdaus bergelut dengan kecederaan, jangkitan bakteria menjelang Paris 2024
Shah Firdaus baru dimaklumkan oleh Institut Sukan Negara mengenai tendon di sebelah bahu kirinya koyak kesan daripada kemalangan.
M.Nasir tak nak ulas isu lirik lagu 'Pinjam Seratus Nur Nilam Sari'
Katanya, dia tidak mampu menghalang dendangan yang diciptakan khusus untuk anaknya kerana ia sudah menjadi hak milik awam.