GOOGLE Photos hari ini mula memberikan akses kepada 10 ciri suntingan menggunakan AI secara percuma kepada semua.
Ciri seperti Magic Eraser yang memadam elemen dalam gambar serta Unblur yang menajamkan gambar kabur sebelum ini hanya boleh diakses pengguna Pixel 8 atau mereka yang mempunyai langganan Google One.
Menurut 9to5 Google, ciri ini boleh digunakan percuma pada peranti Android dan juga iOS sejak Rabu tetapi diberikan secara berperingkat.
Walaupun percuma, setiap pengguna hanya boleh menyimpan 10 gambar yang disunting menggunakan AI setiap bulan.
Jika mereka ingin melakukan lebih banyak suntingan, mereka masih perlu melanggan kepada Google One.
Perkhidmatan langganan bulanan semakin meningkat dan menjadi trend yang boleh menjana pendapatan kepada syarikat.
Dengan memberikan akses kepada semua, Google pasti boleh meningkatkan jumlah langganan kerana ciri seperti Magic Eraser sangat berguna lebih-lebih lagi ketika melakukan suntingan di telefon pintar.
Pengguna tidak perlu mahir dalam Photoshop dan suntingan dilakukan semudah menekan sahaja elemen yang ingin diubahsuai.
Senarai lengkap 10 ciri suntingan yang kini diberikan percuma adalah seperti di bawah.
1. Cinematic photos
2. Color pop
3. HDR effect for Photos & Videos
4. Magic Eraser
5. Portrait blur
6. Portrait light
7. Sky suggestions
8. Styles in collage editor
9. Unblur
10. Video effects
Amanz
Thu May 23 2024
Google Photos beri akses percuma kepada 10 ciri suntingan menggunakan AI.
Jenayah: Dua lelaki didakwa sindiket Trojan Spymax
Dua lelaki rakyat Malaysia yang dilaporkan diektradisi ke Singapura, hari ini disyaki ahli satu sindiket penipuan antarabangsa dikenali sebagai Trojan Spymax.
Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.70-RM4.71 berbanding Dolar AS minggu depan, susulan tumpuan terhadap keputusan kadar faedah Bank Pusat Australia dan data ekonomi global.
Fasa penstabilan Bursa Malaysia berterusan minggu depan
Bursa Malaysia dijangka terus stabil minggu depan dengan FBM KLCI diniagakan antara 1,600-1,620. Pelabur mungkin mengurangkan dagangan sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
Switzerland tewaskan Hungary 3-1 dalam aksi Kumpulan A
Switzerland tampil bergaya membuka kempen Euro 2024 setelah menewaskan Hungary dengan kemenangan 3-1 di Stadium Cologne pada Sabtu malam.
Ia sekaligus mungkin menjadi penentu untuk negara itu mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kumpulan Euro 2024.
Ia sekaligus mungkin menjadi penentu untuk negara itu mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kumpulan Euro 2024.
Sidang kemuncak damai Ukraine di Switzerland: Penolakan terma gencatan Rusia
Sidang kemuncak di Switzerland membincangkan penyelesaian konflik Rusia-Ukraine. Pemimpin Itali dan Jerman menolak terma gencatan senjata Putin sebagai propaganda dan keamanan diktator.
Ribuan warga Israel banjiri jalan Tel Aviv, desak Netanyahu
Ribuan warga Israel membanjiri beberapa jalan di Tel Aviv pada Sabtu malam sebagai protes terhadap kekejaman Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Protes itu antara lain menuntut pilihanraya diadakan serta menuntut perjanjian pembebasan tebusan dan mengkritik kerajaan rejim itu dalam mengendalikan peperangan menentang Hamas.
Protes itu antara lain menuntut pilihanraya diadakan serta menuntut perjanjian pembebasan tebusan dan mengkritik kerajaan rejim itu dalam mengendalikan peperangan menentang Hamas.
Netanyahu ikrar tumpaskan Hamas, bawa pulang tebusan
PM Israel, Netanyahu, ikrar kekal dengan misi perang untuk tumpaskan Hamas dan bawa pulang tebusan, walau prospek gencatan senjata semakin kabur.
Kekejaman zionis: Qatar, Mesir rancang jumpa Hamas bincang gencatan senjata
Penasihat keselamatan White House, Jake Sullivan sahkan pengantara Qatar dan Mesir rancang untuk libatkan Pejuang Hamas bagi melihat sama ada terdapat cara meneruskan cadangan gencatan senjata Gaza yang ditawarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.
Sistem pendidikan KAFA perlu dinamik - TPM Fadillah
Peranan pendidikan KAFA sangat relevan dalam mendukung aspirasi pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan yang berakhlak tinggi.
Google Photos beri 10 ciri suntingan berbayar secara percuma
Ciri ini boleh digunakan percuma pada peranti Android dan juga iOS sejak Rabu tetapi diberikan secara berperingkat.
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
Google Photos label dua sahabat kulit hitam sebagai gorila
Google memohon maaf dan akui aplikasi Google Photos masih baharu dan sistem pelabelan automatik belum sempurna.