Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju sekiranya seluruh rakyat memiliki kekuatan ilmu, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Justeru, beliau berkata pelbagai langkah perlu dilaksana bagi memastikan rakyat di negara ini menguasai pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam sains, teknologi dan perubatan.
Katanya rakyat juga tidak harus berpuas hati, sekadar ilmu yang ada pada masa sekarang tetapi perlu mengorak langkah mencari ilmu baharu terutamanya melalui penyelidikan.
"Jangan baca kitab lama sahaja, ilmu baharu perlu ada, persoalannya adakah kita mahu menjadi sebuah bangsa yang tengok sahaja tidak mahu tambah ilmu atau bangsa dan negara yang maju dengan kekuatan ilmu," katanya di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Konvensyen Nasional Memperkasa Ummah Sabtu yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Konvensyen anjuran Yayasan Warisan Ummah Malaysia itu berlangsung selama dua hari bermula semalam dan disertai lebih 50 peserta dari seluruh negara bertujuan menambah baik program pembangunan ummah di negara ini.
Abdullah berkata rakyat perlu menguasai pelbagai bahasa terutamanya bahasa Arab dan Inggeris bagi menambah ilmu baharu dalam usaha memperkukuh penguasaan mereka dalam pelbagai bidang.
Beliau berkata kekuatan ilmu merupakan pemangkin penting dalam pembangunan modal insan dan sekiranya modal insan rakyat lemah, sesebuah negara tidak akan memperoleh apa-apa kejayaan.
"Dalam membangun modal insan kita mahu beri suatu didikan supaya rakyat kita terutama generasi muda akan jadi anak yang berpegang kuat bukan sahaja kepada agama malah budaya warisan turun-temurun.
"Apa yang kita ada sekarang ilmu atau teknologi perlu kita pastikan diwarisi generasi muda supaya negara kekal menguasai pentas antarabangsa di masa akan datang," katanya.
Bernama
Sun Nov 16 2014
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata rakyat perlu mengorak langkah mencari ilmu baharu. -Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis
Pandangan bahawa portfolio Menteri Luar adalah 'cold storage' tidak benar kerana Tun Abdullah yang pernah menjawat jawatan itu akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri.
KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah
Antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan ialah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.
'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.
'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.
"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Izad berkata dia sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu pernah dilaksanakan di Dewan Rakyat tanpa titah Seri Paduka Baginda.
[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil
Telah tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pak Lah sihat, penyebar berita palsu berdepan tindakan undang-undang
Abdullah atau dikenali sebagai Pak Lah berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.