KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan 87.5 peratus liputan pembetungan bagi kawasan luar bandar menjelang 2025, kata Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii.
Beliau berkata sehingga 2022, liputan capaian bekalan air berada pada tahap 97.1 peratus di kawasan bandar dan 97 peratus di kawasan luar bandar, manakala perkhidmatan pembetungan meliputi 85.4 peratus di bandar-bandar utama.
"Malaysia komited untuk mencapai sasaran ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), bagi memastikan akses kepada air bersih dan sanitasi untuk semua," katanya pada majlis perasmian Konvensyen Air Antarabangsa Malaysia (MIWC) 2023, di sini hari ini.
MIWC 2023, acara utama di rantau ini untuk profesional industri air, bakal mengumpulkan lebih 650 peneraju pemikiran, inovator dan pengamal daripada pelbagai sektor untuk menangani cabaran kritikal dihadapi industri air dan meneroka penyelesaian mampan untuk masa depan dengan air yang terjamin.
Bertema 'Kelestarian: Mengubah Wawasan Menjadi Tindakan', acara empat hari bermula semalam itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Mengenai isu berkaitan air, beliau berkata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sedang mengkaji untuk memperkukuh kerangka perundangan menerusi pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 655).
"Kami juga akan melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan kemampanan kewangan industri air menerusi semakan tarif.
"Penstrukturan semula tarif air penting bagi operator air untuk terus melabur dalam pembangunan infrastruktur yang diperlukan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan kepada pengguna," kata Huang.
MIWC 2023 menampilkan program komprehensif termasuk persidangan, dialog, forum, pameran, bengkel, lawatan makmal, lawatan teknikal dan penerimaan rangkaian, sebagai platform kepada peserta untuk berbincang, saling bertukar pengetahuan dan mempelajari teknologi serta penyelesaian canggih yang boleh mentransformasi industri air.
Sementara itu, persidangan dua hari (hari ini dan esok) mengetengahkan lebih 40 sesi merangkumi kemajuan terkini, inovasi dan amalan terbaik dalam industri air meliputi pelbagai topik.
MIWC 2023 juga akan menganjurkan dialog dan forum penting - Dialog SPAN, Dialog Pengurusan Lembangan Sungai dan Forum Hala Tuju Agenda Negara mengenai Transformasi Sektor Air 2040 (WST2040).
Dialog SPAN akan memberi tumpuan kepada tema 'Kelestarian: Mengubah Wawasan menjadi Tindakan', meneroka strategi inovatif dan langkah-langkah yang boleh diambil ke arah bekalan air mampan di Malaysia.
Sementara itu, Dialog Pengurusan Lembangan Sungai yang bertajuk 'Sungai Mengalir Tanpa Sempadan' akan meneroka amalan terbaik dalam pengurusan lembangan sungai lestari dan bersepadu di dalam dan di luar sempadan.
Dalam pada itu, Forum Hala Tuju Agenda Negara mengenai WST2040 akan menggariskan strategi pelaksanaan, matlamat dan petunjuk prestasi utama bagi transformasi sektor air Malaysia.
Forum itu akan membincangkan potensi manfaat ekonomi sektor air yang berubah, termasuk nilai tambah sebanyak RM13.3 bilion dan sumbangan 0.46 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
MIWC 2023, dianjurkan oleh Persatuan Air Malaysia (MWA) dan Kumpulan PROTEMP bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dijangka menarik lebih 3,500 pengunjung dari seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Malaysia menyasarkan untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan 87.5 peratus liputan pembetungan bagi kawasan luar bandar menjelang 2025, kata Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii. - BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
M'sia sasar liputan 98 peratus air bersih, 87.5 peratus pembetungan di luar bandar pada 2025
Malaysia menyasarkan untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan 87.5 peratus liputan pembetungan bagi kawasan luar bandar menjelang 2025.