BACHOK: Pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak sedang diselaras oleh Kementerian Kewangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata ketika ini, Kerajaan Persekutuan serta kedua-dua negeri berunding untuk memuktamadkan fomula dan indikator yang digunakan bagi menentukan kadar peningkatan pemberian khas itu.
"Telah ada persetujuan secara prinsip bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meningkatkan pemberian khas itu melalui semakan.
"Sebaik sahaja ada keputusan muktamad, saya yakin Perdana Menteri akan umumkan kadar pertambahan pemberian khas itu yang saya cukup yakin melebihi 100 peratus untuk kepentingan masyarakat Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-13 Tahun 2022 di Universiti Malaysia Kelantan di sini hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan jumlah pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada RM300 juta.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata jumlah itu adalah pembayaran peringkat awal sebelum satu formula khusus diumumkan dan prinsip pemberian tersebut diputuskan oleh pemimpin terdahulu yang melihat kedudukan kedua-dua negeri semasa pembentukan Malaysia lebih mundur ketika itu.
Mengulas lanjut, Armizan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan supaya 28 isu tertunggak sejak 2016 disusun semula oleh setiap agensi yang terlibat.
"Perdana Menteri tidak mahu berbalik pada rundingan awal... oleh sebab itu, kita dapat lihat beberapa pengumuman telah dilaksanakan dan selesai apabila keputusan disepakati oleh Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Armizan Mohd Ali menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-13 tahun 2022. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Peruntukan interim masing-masing RM300 juta untuk Sabah, Sarawak dilaksanakan secepat mungkin
Peruntukan interim masing-masing berjumlah RM300 juta kepada Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan secepat mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
MA63: Pemberian khas sedang diselaras oleh Kementerian Kewangan - Armizan
Pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak sedang diselaras oleh Kementerian Kewangan.
Kerajaan pertimbang tambahan pemberian khas kepada Sabah - PM
Kerajaan akan mempertimbangkan tambahan pemberian khas kepada Sabah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Formula pemberian khas pada Sarawak, Sabah masih diperinci - Fadillah
Dengan adanya satu formula khusus nanti, pembayaran secara tahunan itu dapat dilakukan dengan lebih jelas.
Pemberian khas 40 kepada Sabah diharap dilaksanakan sepenuhnya - Azis Jamman
Pemberian khas 40 peratus berdasarkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah diharap dapat dilaksanakan sepenuhnya.
MA63: PM jamin pemberian khas Perkara 112D akan ditingkatkan pada kadar munasabah
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan jumlah peruntukan kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan akan ditingkatkan pada kadar yang munasabah.
COVID-19: Peruntukan RM128 juta Pakej Selangor Prihatin, tumpu petugas barisan hadapan
Pakej rangsangan ekonomi tersebut yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari beri tumpuan terutamanya kepada petugas kesihatan di barisan hadapan menangani Covid-19.