KUALA LUMPUR: Beberapa lagi Menteri Kabinet hari ini merakamkan ucapan sambutan Maal Hijrah di laman media sosial masing-masing yang antara lain berharap umat Islam berazam menjadi manusia yang lebih baik serta memiliki visi dan misi hidup baharu.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berharap umat Islam berazam menjadi manusia yang lebih baik sempena Tahun Baharu 1445 Hijrah.
"Salam Maal Hijrah, 1 Muharram 1445H. Semoga tahun baharu ini kita semua meningkatkan keazaman untuk menjadi manusia yang lebih baik dari segi ilmu, amalan dan akhlak," katanya.
Dengan nada sama, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mahukan umat Islam berazam untuk menjadi manusia yang lebih berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
"Islam menggalakkan kita menjadi insan yang berjaya, berilmu dan berharta. Kelebihan yang ada mesti digunakan untuk memberikan manfaat dan kebaikan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
"Dengan semangat Maal Hijrah, marilah kita semua berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik yang tinggi akhlak dan budi pekerti," katanya.
Sementara itu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengajak orang ramai supaya meningkatkan keimanan serta melakukan perubahan positif dalam kehidupan.
Turut senada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu yang mengajak umat Islam beriltizam untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pula berharap umat Islam memiliki visi baharu, misi baharu, hidup baharu dan penghijrahan baharu yang akan lebih baik daripada penghijrahan sebelumnya.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berharap Tahun Baharu 1445 Hijrah mendorong orang ramai supaya sentiasa berusaha untuk berhijrah ke arah kebaikan dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Yang Maha Esa.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengingatkan umat Islam supaya mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa penghijrahan Baginda Rasulullah SAW serta para sahabat Baginda dan meneladani perpaduan antara kaum Muhajirin dan Ansar yang menjadi tunjang kepada kekuatan ummah.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang pula berkata sempena Tahun Baharu 1445 Hijrah, orang ramai perlu berusaha untuk sentiasa berhijrah bagi mencipta kejayaan dan inovasi baru yang memberi impak rahmat kepada Malaysia MADANI.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berharap Tahun Baharu 1445 Hijrah mendatangkan keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan buat semua umat Islam.
Antara yang turut merakamkan ucapan sambutan Maal Hijrah ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H bertemakan -Perpaduan Teras Malaysia MADANI- berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pagi ini. -Bernama
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Kawalan sempadan dipertingkat di sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan memantau perkembangan kejadian letupan dan insiden tembak menembak di Sungai Golok awal pagi Isnin dengan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.
Pelancongan China dijangka meningkat
Sektor pelancongan China dijangka menyaksikan lonjakan berikutan perkembangan pasaran yang dibawa oleh Festival Qingming awal bulan ini.
Pelabur asing akhiri jualan lapan minggu, aliran masuk RM292 juta
Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti domestik minggu lalu dengan nilai pembelian bersih berjumlah RM292.2 juta, menurut penyelidikan MIDF Research.
Sarawak komited jalin kerjasama denga Sweden
Lawatan kerja itu sebagai membalas jemputan oleh Menteri Perbadanan Pembangunan Antarabangsa Sweden Johan Forssel semasa pertemuan mereka tahun lepas.
Akaun fleksibel penuhi keperluan kecemasan M40, B40
Pengeluaran dijangka sederhana berikutan KWSP pada 2021 menganggarkan bahawa 60 peratus ahlinya telah kehabisan baki Akaun 2, kini dinamakan sebagai Akaun Sejahtera berikutan kemudahan pengeluaran yang disediakan ketika pandemik.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Julai 2023.
Maal Hijrah: PM Anwar harap semua pihak perbaharui azam, tekad kukuh solidariti umat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Malaysia dapat memperbaharui azam untuk mengukuhkan lagi perpaduan sempena kedatangan tahun baharu hijrah.
Sultan Kedah gesa umat Islam tidak bangkit isu gugat perpaduan ummah
Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menggesa umat Islam agar tidak membangkitkan isu yang boleh menggugat perpaduan ummah.
Maal Hijrah 1445H: Tingkat azam pupuk visi, misi hidup lebih baik - Menteri Kabinet
Beberapa lagi Menteri Kabinet hari ini merakamkan ucapan sambutan Maal Hijrah di laman media sosial masing-masing yang antara lain berharap umat Islam berazam menjadi manusia yang lebih baik serta mem
Jauhi sifat hasad dengki, fitnah, prasangka - Agong
Yang di-Pertuan Agong seru semangat kesatuan, perpaduan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan adat resam diterapkan di Malaysia.
Maksud bacaan doa akhir tahun, awal tahun baharu Hijrah
Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.
PM mahu Malaysia dipertahankan daripada anasir perkauman
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dipertahankan daripada anasir perkauman yang memecah-belah.
Jadikan Maal Hijrah sebagai momentum semangat perpaduan - Ahmad Zahid
Semua umat Islam dan rakyat Malaysia secara amnya perlu menjadikan sambutan Maal Hijrah sebagai momentum menghidupkan semangat perpaduan.
6,000 tetamu dijangka hadir Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan esok
Seramai 6,000 tetamu dijangka hadir bagi menyambut Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2023/1445 yang bertemakan Perpaduan Teras Malaysia MADANI di Pusat Dagangan Dunia, di sini, esok.
Maal Hijrah: 'Jadikan 1 Hijrah 1444 titik perubahan' - Sultan Nazrin
Dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, seluruh dunia, khususnya Malaysia telah menyaksikan pelbagai peristiwa.