awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maal Hijrah: Ahli Jawatankuasa Fatwa Perak dipilih Tokoh Maal Hijrah 1444

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/07/2022
04:20 MYT
Maal Hijrah: Ahli Jawatankuasa Fatwa Perak dipilih Tokoh Maal Hijrah 1444
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sampaikan anugerah kepada Tokoh Maal Hijrah 1444. - Astro AWANI
IPOH: Ahli Jawatankuasa Fatwa Perak, Datuk As’ad Awang yang juga bekas Bekas guru dan pensyarah bahasa Arab, dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak bagi tahun 1444 Hijrah.
Setiausaha Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Sirat Abdullah yang memperkenalkan konsep masjid dalam kebun pula dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Ar Ridzuan.
Setiap penerima menerima hadiah wang tunai RM15,000 di samping pakej umrah bernilai RM7,000 berserta sijil.
Anugerah disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444 Peringkat Negeri Perak di Casuarina@Meru di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Anugerah Belia diberikan kepada penuntut terbaik Malaysia dan ke sembilan dunia dalam peperiksaan ACCA, Siti Naziah Mohamad Naziq.
Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik dimengangi Masjid Bandar Universiti, Seri Iskandar manakala Anugerah Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Terbaik diberikan kepada Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Tembak, Lumut.
Tiga buah sekolah dipilih menerima Anugerah Usaha Tani Sekolah Terbaik iaitu Sekolah Kebangsaan Changkat Tin, Tanjung Tialang; Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz, Lenggong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Seri Wan Mohamed, Gerik.
Anugerah Usaha Tani Masjid Terbaik pula diberikan kepada Masjid Al Muhajirin, Kampung Nibong Hangus, Parit Buntar; Masjid Al Khairiah, Rantau Panjang, Selama dan Masjid Tajul Rahman, Teluk Intan.
Semua pemenang menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta sijil.
Topic Berkaitan
#Maal Hijrah
#Tokoh Maal Hijrah
#As'ad Awang
#Sultan Nazrin Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan