awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Macam baru menang Piala Dunia" - Hannah Yeoh

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2024
22:30 MYT
"Macam baru menang Piala Dunia" - Hannah Yeoh
Pemain Malaysia Akhyar Rashid melakukan asakan terhadap pertahanan Korea Selatan pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub malam tadi. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selain terlalu gembira dengan kejayaan skuad Harimau Malaya mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia seumpama memenangi Piala Dunia, malam tadi.
"Perasaan seri 3-3 dengan Korea ni macam kita baru menang Piala Dunia," kata beliau dalam hantaran di laman Facebook miliknya.
Skuad negara menampilkan persembahan luar biasa malam tadi mengikat pasukan Korea Selatan yang berada di ranking ke-23 dunia dalam aksi di Stadium Al Janoub di Doha, Qatar.
Hannah turut menyifatkan keputusan tersebut sebagai hadiah amat bermakna buat penyokong Harimau Malaya selepas kegagalan mara ke pusingan 16 pasukan terbaik di Piala Asia.
Dalam masa sama, Hannah menegaskan, usaha untuk memastikan skuad bola sepak negara menjadi lebih digeruni tidak akan terhenti.
"Esok kerja akan bermula semula. Malaysia akan kembali ke Piala Asia akan datang!
"Keputusan seri menentang Korea ini merupakan hadiah terbesar kepada peminat Harimau Malaya di Qatar dan seluruh Malaysia.
"Apabila kita meletakkan hati dan jiwa ke dalam semua yang kita lakukan, dunia akan melihatnya.
"Kim Pan Gon - anda hebat! Datuk Hamidin FAM - Tahniah Persatuan Bola Sepak Malaysia!," kata beliau lagi.
Keputusan, jadual dan berita terkini Piala Asia Qatar 2023 di sini
Topic Berkaitan
#Piala Asia 2023
#Malaysia ikat Korea Selatan
#harimau Malaya
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan