awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macau Scam: 25 warga China, Taiwan ditahan

Bernama
Bernama
17/05/2017
23:28 MYT
Macau Scam: 25 warga China, Taiwan ditahan
Seramai 25 warga China dan Taiwan ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti penipuan ''Macau Scam'' dalam satu serbuan di Shah Alam, Selangor, pada Rabu. -Gambar hiasan
Seramai 25 warga China dan Taiwan ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti penipuan ''Macau Scam'' dalam satu serbuan di Shah Alam, Selangor, pada Rabu.
Dalam operasi bermula 3.30 petang itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan kerjasama Polis Taiwan menahan 13 lelaki dan tujuh wanita China serta empat lelaki dan seorang wanita warga Taiwan yang kesemuanya berusia antara 20 dan 30 tahun.
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata sindiket terbabit menjadikan negara ini sebagai pusat operasi bagi menjalankan aktiviti penipuan terhadap rakyat Taiwan dan setakat ini tiada rakyat tempatan dilapor menjadi mangsa kumpulan itu.
"Serbuan dilakukan di sebuah rumah banglo yang dijadikan markas bagi kegiatan itu. Turut dirampas adalah sebuah kenderaan jenis Toyota Velfire, 10 passport China, 5 passport Taiwan, peralatan komunikasi serta skrip yang dipercayai digunakan bagi tujuan penipuan terbabit," katanya dalam kenyataan.
Menjelaskan modus operandi kumpulan itu, Acryl berkata suspek akan membuat panggilan telefon dan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi di Taiwan.
"Suspek kemudiannya mendakwa mangsa mempunyai hutang internet yang besar sebelum diminta menyelesaikannya dengan kadar segera dengan cara pemindahan wang ke dalam akaun bank yang telah ditetapkan di Taiwan," katanya.
Beliau berkata kesemua suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Shah Alam untuk siasatan lanjut.
Acryl berkata sehingga empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 270 kertas siasatan telah dibuka berhubung kes penipuan Macau Scam yang melibatkan kerugian sebanyak RM 9.49 juta.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa sindiket terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Macau Scam
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan