KUANTAN: Seorang guru wanita mendakwa wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dirinya diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak dua minggu lepas.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mangsa berusia 55 tahun dari Maran, mendakwa pada mulanya dihubungi suspek yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran pada 13 Jan lepas.
"Mangsa mendakwa suspek mengaitkan dirinya dengan kegiatan pengedaran barang larangan dan kes penggubahan wang haram yang telah menjadi kes polis.
"Dia kemudiannya dihubungi suspek kedua yang menyamar sebagai pegawai polis yang turut meminta maklumat perbankan mangsa kononnya bagi tujuan siasatan," katanya, menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Ramli berkata mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas semakan di bank mendapati terdapat 16 transaksi pemindahan wang secara dalam talian dilakukan tanpa pengetahuannya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, semalam.
Ramli menasihatkan orang awam untuk tidak cemas apabila menerima panggilan yang kononnya dari pihak berkuasa dan tidak mendedahkan maklumat peribadi serta perbankan kepada pihak ketiga.
"Pihak penguat kuasa tidak menjalankan sebarang siasatan menerusi panggilan telefon dan orang awam dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dengan polis atau bank jika menerima panggilan seupamanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Ramli menasihatkan orang awam untuk tidak cemas apabila menerima panggilan kononnya pihak berkuasa dan tidak mendedahkan maklumat peribadi serta perbankan kepada pihak ketiga. - Gambar hiasan

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Wang KWSP RM141,000 lesap diperdaya Macau Scam
Individu terbabit memaklumkan mangsa ada membuat tuntutan insurans namun mangsa menafikannya.

Macau Scam: Guru kena tipu, wang pencen arwah suami RM233,480 lesap
Seorang guru wanita mendakwa wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dirinya diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak dua minggu lepas.

Duit pencen arwah suami RM233,480 lesap angkara Macau Scam
Penipuan bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barangan.

Macau Scam: Penolong pegawai dakwa kerugian RM215,100
Mangsa mendakwa dihubungi oleh individu yang memperkenal diri sebagai pegawai insurans bagi 'menyiasat' isu tuntutan yang dibuat mangsa.

Jurutera wanita rugi RM2.9 juta ditipu sindiket Macau Scam
Seorang jurutera sebuah kilang kerugian lebih RM2.9 juta selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan jenayah dalam kejadian di George Town.

Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000 diperdaya 'Puan Rohani'
Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM140,000 akibat terpedaya dengan penjenayah Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Pensyarah rugi RM21,939 terpedaya tawaran kerja sambilan
Wanita berusia 30 tahun berminat untuk melakukan kerja sambilan selepas melihat satu iklan di laman sesawang Google pada minggu lalu.

Pensyarah wanita IPTA diperdaya 'Inspektor Ku', lesap RM1.3 juta
Seorang pensyarah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi mangsa penipuan apabila diperdaya sindiket Macau scam sehingga kerugian RM1.3 juta.

Lima individu ditipu libat kerugian lebih RM600,000
Seramai lima individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam talian melibatkan kes berasingan.

Jururawat hilang hampir RM200,000 diperdaya Macau Scam
Wanita berusia 36 tahun diminta buat pinjaman peribadi oleh sindiket yang menyamar sebagai syarikat penghantaran barang.