KUANTAN: Seorang penolong pegawai pertanian mendakwa kerugian RM215,100 akibat diperdayakan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai insurans dan polis, pada November tahun lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa yang berusia 45 tahun mendakwa dihubungi oleh individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai insurans pada November bagi menyiasat tuntutan yang dikatakan dibuat mangsa.
"Suspek mendakwa terdapat tiga tuntutan yang disyaki palsu dan kes itu kononnya telah sampai ke pengetahuan polis. Mangsa seterusnya dihubungi oleh suspek kedua yang memperkenalkan diri sebagai polis.
"Suspek dikatakan menakutkan mangsa dengan mengatakan dia terlibat dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram serta perlu membayar jaminan RM400,000 selain diarahkan mendedahkan maklumat perbankan untuk siasatan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Ramli berkata mangsa menyedari ditipu selepas mendapati terdapat 33 transaksi pemindahan wang secara dalam talian menerusi akaun banknya, menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada petang Khamis lepas.
Pada kes berasingan, Ramli berkata seorang wanita berusia 37 tahun di Maran, mendakwa kerugian RM165,090 selepas mendedahkan maklumat perbankannya kepada pihak ketiga pada 13 Jan lepas.
Mangsa mendakwa berbuat demikian selepas dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran bagi memaklumkan terdapat bungkusan berisi barang larangan dialamatkan kepadanya.
"Mangsa yang menafikan perkara itu kemudiannya dihubungi suspek lelaki kononnya pegawai polis dan memaklumkan nama mangsa telah digunakan untuk membuka akaun bank berkaitan kes pengubahan wang haram.
"Mangsa yang bimbang akan ditangkap mendakwa telah diarahkan untuk mengisi maklumat perbankannya ke pautan diberikan suspek," katanya.
Sehubungan itu, Ramli menasihatkan orang ramai untuk menyemak dengan polis jika menerima panggilan telefon meragukan dan tidak berkongsi maklumat perbankan dengan pihak ketiga supaya tidak menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2023

Mangsa mendakwa dihubungi oleh individu yang memperkenal diri sebagai pegawai insurans bagi 'menyiasat' isu tuntutan yang dibuat mangsa.

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kurma, buah 'tak cantik' miliki kuasa luar biasa
Menurut perubatan moden, kurma mempunyai 10 unsur yang penting untuk manusia kekal sihat dan cergas.

AWANI Global: Banteras Diskriminasi Kaum
Malaysia mencatatkan jumlah insiden perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tertinggi pada tahun 2022. Ikuti diskusi Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS bersempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum.

Raja Permaisuri Agong rasmi Masjid Tunku Azizah Iskandar di Bentong
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan dan menamakan semula Masjid Kampung Baru di sini sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar sempena nama baginda.

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
![AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015742/34324862771679837297531_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Sultan Selangor ingatkan ahli politik jangan guna agama nak raih populariti Kaki tiga beradik dirantai demi keselamatan, dakwa kakak suspek Anthony Loke sanggah kritikan, tegaskan tiada lantikan politik dalam GLC Polemik lawatan PM ke Arab Saudi, pembangkang kemuka usul di Parlimen #AWANInews

#AWANIByte : Lebuhraya DASH - Laluan Alternatif Elakkan Kesesakkan
Penjimatan masa perjalanan sehingga 70% dari Puncak Perdana menuju ke Kuala Lumpur berbanding laluan sedia ada, Lebuhraya DASH terbukti laluan alternatif baharu yang berkesan bagi mengelak kesesakan. Dibina 90% secara bertingkat, dengan pelbagai ciri binaan unik termasuk penghadang bunyi lebuh raya kepungan penuh pertama di Malaysia, Lebuhraya DASH adalah antara lebuh raya paling canggih di negara ini

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.

Presiden Joe Biden isytihar darurat di Mississippi, lulus bantuan kecemasan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengisytihar darurat di Mississippi dan meluluskan bantuan kecemasan bagi membiayai bantuan kecemasan di daerah Carroll, Humphreys, Monroe dan Sharkey.

Wang KWSP RM141,000 lesap diperdaya Macau Scam
Individu terbabit memaklumkan mangsa ada membuat tuntutan insurans namun mangsa menafikannya.

Macau Scam: Guru kena tipu, wang pencen arwah suami RM233,480 lesap
Seorang guru wanita mendakwa wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dirinya diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak dua minggu lepas.

Duit pencen arwah suami RM233,480 lesap angkara Macau Scam
Penipuan bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barangan.

Macau Scam: Penolong pegawai dakwa kerugian RM215,100
Mangsa mendakwa dihubungi oleh individu yang memperkenal diri sebagai pegawai insurans bagi 'menyiasat' isu tuntutan yang dibuat mangsa.

Jurutera wanita rugi RM2.9 juta ditipu sindiket Macau Scam
Seorang jurutera sebuah kilang kerugian lebih RM2.9 juta selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan jenayah dalam kejadian di George Town.

Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000 diperdaya 'Puan Rohani'
Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM140,000 akibat terpedaya dengan penjenayah Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Pensyarah rugi RM21,939 terpedaya tawaran kerja sambilan
Wanita berusia 30 tahun berminat untuk melakukan kerja sambilan selepas melihat satu iklan di laman sesawang Google pada minggu lalu.

Pensyarah wanita IPTA diperdaya 'Inspektor Ku', lesap RM1.3 juta
Seorang pensyarah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi mangsa penipuan apabila diperdaya sindiket Macau scam sehingga kerugian RM1.3 juta.

Lima individu ditipu libat kerugian lebih RM600,000
Seramai lima individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam talian melibatkan kes berasingan.

Jururawat hilang hampir RM200,000 diperdaya Macau Scam
Wanita berusia 36 tahun diminta buat pinjaman peribadi oleh sindiket yang menyamar sebagai syarikat penghantaran barang.