awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macau Scam: Pesara swasta rugi RM1.3 juta diperdaya 'pegawai bank'

Bernama
Bernama
17/05/2021
20:45 MYT
Macau Scam: Pesara swasta rugi RM1.3 juta diperdaya 'pegawai bank'
Mohamad Fakhrudin berkata semakan mendapati wanita itu telah mendedahkan maklumat mengenai tujuh akaun banknya kepada pemanggil. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang pesara swasta mengalami kerugian RM1.3 juta selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank, awal bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ia bermula apabila wanita berusia 60 tahun itu menerima panggilan yang mendakwa kononnya kad kredit miliknya telah membuat pembelian bitcoin di laman web sosial.
Beliau berkata wanita itu menafikan perkara berkenaan dan telah memberikan maklumat peribadinya kepada pemanggil yang mengaku sebagai wakil Bank Negara untuk membantunya membuat laporan polis.
"Wanita itu kemudiannya menerima salinan 'laporan polis' kira-kira pukul 9.02 pagi keesokan harinya melalui WhatsApp dan diminta untuk memberikan semua maklumat akaun bank, kononnya bagi tujuan memperbaharui akaun.
"Pada 10 Mei lepas, wanita itu membuat semakan dengan Bank Negara dan dimaklumkan panggilan yang diterimanya adalah palsu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohamad Fakhrudin berkata semakan mendapati wanita itu telah mendedahkan maklumat mengenai tujuh akaun banknya kepada pemanggil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#sindiket
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#pegawai bank
#pembelian bitcoin
#Bank Negara
#kad kredit
#pesara swasta
#Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan