awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macau Scam: Wang pencen RM20,000 pesara KKM lesap

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
21/06/2022
03:30 MYT
Macau Scam: Wang pencen RM20,000 pesara KKM lesap
Mangsa dihubungi sindiket tersebut dan meminta untuk membuat pindahan wang daripada akaunnya kepada akaun bank yang diberikan oleh sindiket. - Gambar hiasan
TELUK INTAN: Seorang pesara kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) berputih mata apabila wang pencennya sebanyak RM20,000 lesap selepas diperdaya penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan sebuah syarikat kurier, minggu lalu.
Mangsa, 76, pada mulanya menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali ketika berada di rumahnya di Kampong Bahagia, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata lelaki berkenaan telah menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan pada semalam.
Katanya kes bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon berkenaan dengan pemanggil mendakwa mangsa mempunyai bungkusan barangan penghantaran ke Sabah.
Ujarnya lagi selepas mangsa menafikannya, panggilan lelaki itu didakwa telah disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah sebelum ke pihak mahkamah kononnya mangsa terlibat dengan jenayah penggubahan wang haram.
“Pada Khamis, sekali lagi mangsa dihubungi sindiket tersebut dan meminta untuk membuat pindahan wang daripada akaunnya kepada akaun bank yang diberikan oleh sindiket.
“Ia didakwa bagi memastikan wang yang dimiliki dan berada dalam akaun mangsa adalah bersih daripada kesalahan jenayah penggubahan wang haram.
“Pada hari sama, mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM20,000 secara pindahan wang dari mesin ATM Bank CIMB Cawangan Teluk Intan ke akaun Bank BSN yang diberikan suspek, kononnya untuk tujuan mengelakan akaun bank mangsa dibekukan oleh pihak Bank Negara.
“Setelah lelaki berkenaan berjaya membuat pindahan wang tersebut, mangsa terus menghubungi semula suspek namun tiada sebarang jawapan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Jelas beliau, hasil siasatan awal mendapati sumber kewangan mangsa adalah daripada bayaran wang persaraannya.
Ahmad Adnan berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Selain itu orang ramai turut diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan mana-mana panggilan yang tidak dikenali selain tidak melayannya bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sindiket Macau Scam ini.
“Mana-mana agensi kerajaan yang berlainan, tidak akan menyambungkan sebarang panggilan telefon yang dibuat ke atas orang awam kepada agensi berbeza dalam satu panggilan yang sama.
“Contohnya panggilan dari pihak polis tidak akan disambung terus kepada pihak mahkamah dalam panggilan yang sama,” jelas beliau.
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#pesara KKM
#syarikat kurier
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan