MANJUNG: Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM140,000 akibat terpedaya dengan penjenayah Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi, mangsa berusia 66 tahun dan tidak bekerja itu telah dihubungi oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Puan Rohani sejak Oktober tahun lalu.
Katanya, mangsa dimaklumkan kononnya terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan akan ditangkap susulan jenayah tersebut.
"Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung terima satu laporan polis berhubung penipuan Macau Scam semalam.
"Mangsa telah ditipu bermula Oktober 2022 sehingga penghujung Disember 2022. Pada 16 Januari mangsa buat semakan dalam akaun bank dan mendapati duit telah berkurang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau berkata mangsa telah diminta memindahkan wang dari Tabung Haji ke akaun bank mangsa.
"Mangsa diminta menyerahkan butiran bank kepada scammer dan scammer sendiri telah memindahkan wang mangsa ke akaun individu tidak dikenali.
"Mangsa hanya sedar dirinya ditipu setelah membuat pemeriksaan di dalam akaun bank miliknya dan mendapati wang di dalam akaun tersebut telah tiada," katanya lagi.
Nor Omar berkata sebanyak RM2.4 juta membabitkan 87 kes Macau Scam direkodkan di daerah Manjung sepanjang tahun lepas.
"Polis mendapati antara modus operandi penipuan Macau Scam adalah suspek menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai penguat kuasa, polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mahkamah, institusi kewangan atau syarikat perkhidmatan.
"Orang ramai diingatkan supaya tidak melayan panggilan telefon oleh individu yang tidak dikenali selain tidak mendedahkan maklumat perbankan kepada mana-mana pihak," katanya lagi.
Aida Aziz
Tue Jan 17 2023

Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM140,000 akibat terpedaya dengan penjenayah Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis. - Gambar hiasan

Lawatan ke China bawa pulangan besar kepada negara - PM
Malaysia dan China bersetuju untuk memantapkan dan membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

Wang KWSP RM141,000 lesap diperdaya Macau Scam
Individu terbabit memaklumkan mangsa ada membuat tuntutan insurans namun mangsa menafikannya.

Macau Scam: Guru kena tipu, wang pencen arwah suami RM233,480 lesap
Seorang guru wanita mendakwa wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dirinya diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak dua minggu lepas.

Duit pencen arwah suami RM233,480 lesap angkara Macau Scam
Penipuan bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barangan.

Macau Scam: Penolong pegawai dakwa kerugian RM215,100
Mangsa mendakwa dihubungi oleh individu yang memperkenal diri sebagai pegawai insurans bagi 'menyiasat' isu tuntutan yang dibuat mangsa.

Jurutera wanita rugi RM2.9 juta ditipu sindiket Macau Scam
Seorang jurutera sebuah kilang kerugian lebih RM2.9 juta selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan jenayah dalam kejadian di George Town.

Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000 diperdaya 'Puan Rohani'
Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM140,000 akibat terpedaya dengan penjenayah Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Pensyarah rugi RM21,939 terpedaya tawaran kerja sambilan
Wanita berusia 30 tahun berminat untuk melakukan kerja sambilan selepas melihat satu iklan di laman sesawang Google pada minggu lalu.

Pensyarah wanita IPTA diperdaya 'Inspektor Ku', lesap RM1.3 juta
Seorang pensyarah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi mangsa penipuan apabila diperdaya sindiket Macau scam sehingga kerugian RM1.3 juta.

Lima individu ditipu libat kerugian lebih RM600,000
Seramai lima individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam talian melibatkan kes berasingan.

Jururawat hilang hampir RM200,000 diperdaya Macau Scam
Wanita berusia 36 tahun diminta buat pinjaman peribadi oleh sindiket yang menyamar sebagai syarikat penghantaran barang.