Kastam catat kutipan hasil RM76.18 bil pada 2025, lepasi dua kali unjuran

Anis Rizana (foto) berkata kutipan hasil RM76.18 bilion hingga 31 Disember 2025 ini melepasi dua unjuran hasil yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. -Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan prestasi cemerlang apabila berjaya mengutip hasil sebanyak RM76.18 bilion sehingga 31 Disember 2025.
Ringkasan AI
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip hasil sebanyak RM76.18 bilion sehingga 31 Disember 2025, melepasi unjuran Kementerian Kewangan.
- Kutipan hasil JKDM untuk tahun 2025 meningkat sebanyak RM10.61 bilion atau 16.18 peratus berbanding tahun sebelumnya.
- JKDM berjaya mematahkan 7,097 kes cubaan penyeludupan dan penyelewengan duti serta cukai kastam dengan nilai sitaan mencecah RM1.88 bilion, peningkatan sebanyak 15.33 peratus berbanding tahun 2024.
Namun, kutipan sebenar terus mengatasi sasaran apabila merekodkan lebihan RM8.93 bilion atau 113.28 peratus berbanding unjuran awal.
“Sebagai perbandingan, kutipan hasil JKDM pada tahun 2024 berjumlah RM65.57 bilion, manakala pada 2025 meningkat kepada RM76.18 bilion, iaitu pertambahan RM10.61 bilion atau kenaikan 16.18 peratus.
“Pencapaian ini menandakan peningkatan melebihi RM10 bilion bagi dua tahun berturut-turut, sekali gus mencerminkan keberkesanan strategi JKDM dalam memperkukuh pematuhan cukai, penguatkuasaan dan pemudahcaraan perdagangan,” katanya dalam sidang media, di sini, pada Jumaat.
Dalam tempoh sama, JKDM berjaya mematahkan 7,097 kes cubaan penyeludupan dan penyelewengan duti serta cukai kastam dengan nilai sitaan mencecah RM1.88 bilion.
Lima komoditi utama berdasarkan nilai rampasan ialah dadah (RM490.75 juta), kenderaan (RM190.27 juta), rokok (RM497.27 juta), minuman keras (RM128.46 juta) serta mercun dan bunga api (RM22.69 juta).
Jumlah itu meningkat 15.33 peratus atau RM250.71 juta berbanding RM1.63 bilion pada tahun 2024.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah hasil yang berjaya dikutip oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia sehingga 31 Disember 2025? A: JKDM berjaya mengutip hasil sebanyak RM76.18 bilion sehingga 31 Disember 2025.
- Q: Apakah unjuran hasil JKDM pada awal tahun 2025 dan bagaimana perbandingannya dengan jumlah sebenar yang dikutip? A: Unjuran hasil JKDM pada awal tahun 2025 ditetapkan pada RM67.25 bilion. Namun, jumlah sebenar yang dikutip melepasi unjuran tersebut dengan mencapai RM76.18 bilion, iaitu lebihan sebanyak RM8.93 bilion.
- Q: Berapakah jumlah nilai rampasan kes cubaan penyeludupan dan penyelewengan duti serta cukai kastam oleh JKDM pada tempoh yang sama? A: JKDM berjaya mematahkan 7,097 kes cubaan penyeludupan dan penyelewengan duti serta cukai kastam dengan nilai sitaan mencecah RM1.88 bilion.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

