awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Madonna dedah koma 48 jam selepas jatuh, dakwa terdengar suara

Gempak
Gempak
21/12/2023
06:05 MYT
Madonna dedah koma 48 jam selepas jatuh, dakwa terdengar suara
Madonna sebelum ini dilaporkan telah dijangkiti bakteria sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital pada Jun lalu. - Gempak
PENYANYI dan penghibur antarabangsa Madonna berkongsi pengalaman insiden dirinya jatuh sakit sehingga koma selama dua hari atau 48 jam yang sempat mengejutkan peminatnya di seluruh dunia.
Madonna sebelum ini dilaporkan telah dijangkiti bakteria sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital pada Jun lalu.
Menurut penyanyi tersebut, dia sebenarnya koma selama 48 jam selepas terjatuh di tandas namun langsung tidak mengingati tentang perkara yang telah terjadi.
“Saya tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku tapi ada seorang wanita yang telah menyelamatkan saya. Saya jatuh di tandas dan bangun sewaktu berada di unit rawatan rapi (ICU).
“Saya berada di dalam koma selama 48 jam dan hanya mendengar suara seseorang meminta saya untuk meramas tangannya,” dedah Madonna seperti dilaporkan Daily Mail.
Apa yang dia tahu, paru-parunya rosak dan mengalami kegagalan buah pinggang sepanjang berada di ICU.
“Saya tidak boleh mengingat tentang lima hari yang pernah terjadi dalam hidup saya. Saya tidak tahu adakah saya masih hidup atau telah mati, saya benar-benar tidak tahu.
“Apa yang saya tahu, malaikat menjaga saya. Anak-anak saya juga ada di sana dan telah menyelamatkan saya,” katanya lagi.
Kini kesihatan bintang berusia 65 tahun tersebut sudah semakin baik dan telah kembali aktif menghiburkan peminat.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Madonna
#Jatuh sakit
#ICU
#koma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan