IPOH: MAG Rebels berjaya memenangi permainan Dota 2 Kejuaraan E-sukan Malaysia 2023/2024 (MEC23/24), selepas mengalahkan Mag Empire 3-1, pada perlawanan akhir di ESI Hub, Spacerubix, semalam.
MAG Rebels, diwakili Nicholas Lim, Ng Wei Poong, Kam Boon Seng, Gan Hou Sing dan Roger Tan, bermula dengan baik apabila memenangi perlawanan pertama untuk mendahului 1-0.
Bagaimanapun, Mag Empire yang diwakili Chan Kok Khin, Denise Danial Abdullah, Ho Wei Loon, Loyd Yoong Binjie dan Cheong Zhi Ying, bangkit pada perlawanan kedua untuk menyamakan kedudukan.
MAG Rebels kemudiannya, mengubah strategi permainan mereka dan memenangi dua perlawanan seterusnya, untuk muncul juara dan membawa pulang hadiah RM30,000.
Kapten MAG Rebels, Nicholas pula terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pusingan akhir dan menerima RM5,000.
“Ia satu perlawanan yang sengit sehingga permainan keempat. Ia benar-benar boleh berubah kedudukan.
“Kami bermain seperti ketika latihan, memfokuskan kepada beberapa heroes. Saya amat gembira kami berjaya lakukannya,” kata Nicholas.
Selaku naib juara, Mag Empire membawa pulang RM15,000.
Mango+4 dan Sentry Symphony Esports yang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat menerima hadiah RM10,000 dan RM7,500.
Edisi ketiga MEC tahun ini yang dianjurkan Esports Integrated (ESI), menampilkan lima permainan - Player Unknown's Battleground (PUBG) Mobile, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), DOTA 2, Tekke 7 dan Gran Turismo 7.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2024
Pasukan MAG Rebels bergambar selepas menjuarai Grand Finals Malaysia E-sport Championship 2023/2024 (MEC23/24) Kategori DoTA-2 di Spacerubix, Kuala Lumpur, 4 Feb 2024. --fotoBERNAMA
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mag Rebels juara Dota 2 MEC23/24
Mag Rebels berjaya memenangi permainan Dota 2 Kejuaraan E-sukan Malaysia 2023/2024 (MEC23/24), selepas mengalahkan Mag Empire 3-1, pada perlawanan akhir di ESI Hub, Spacerubix, hari ini.