KUALA LUMPUR: Mag Rebels berjaya memenangi permainan Dota 2 Kejuaraan E-sukan Malaysia 2023/2024 (MEC23/24), selepas mengalahkan Mag Empire 3-1, pada perlawanan akhir di ESI Hub, Spacerubix, hari ini.
Mag Rebels, diwakili Nicholas Lim, Ng Wei Poong, Kam Boon Seng, Gan Hou Sing dan Roger Tan, bermula dengan baik apabila memenangi perlawanan pertama untuk mendahului 1-0.
Bagaimanapun, Mag Empire yang diwakili Chan Kok Khin, Denise Danial Abdullah, Ho Wei Loon, Loyd Yoong Binjie dan Cheong Zhi Ying, bangkit pada perlawanan kedua untuk menyamakan kedudukan.
Mag Rebels kemudiannya, mengubah strategi permainan mereka dan memenangi dua perlawanan seterusnya, untuk muncul juara dan membawa pulang hadiah RM30,000.
Kapten Mag Rebels, Nicholas pula terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pusingan akhir dan menerima RM5,000.
“Ia satu perlawanan yang sengit sehingga permainan keempat. Ia benar-benar boleh berubah kedudukan.
“Kami bermain seperti ketika latihan, memfokuskan kepada beberapa heroes. Saya amat gembira kami berjaya lakukannya,” kata Nicholas.
Selaku naib juara, Mag Empire membawa pulang RM15,000.
Mango+4 dan Sentry Symphony Esports yang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat menerima hadiah RM10,000 dan RM7,500.
Edisi ketiga MEC tahun ini yang dianjurkan Esports Integrated (ESI), menampilkan lima permainan - Player Unknown's Battleground (PUBG) Mobile, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), DOTA 2, Tekke 7 dan Gran Turismo 7.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2024
Mag Rebels berjaya memenangi permainan Dota 2 Kejuaraan E-sukan Malaysia 2023/2024 (MEC23/24), selepas mengalahkan Mag Empire 3-1, pada perlawanan akhir di ESI Hub, Spacerubix, hari ini. - Foto Facebook Esports Integrated
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Mag Rebels juara Dota 2 MEC23/24
Mag Rebels berjaya memenangi permainan Dota 2 Kejuaraan E-sukan Malaysia 2023/2024 (MEC23/24), selepas mengalahkan Mag Empire 3-1, pada perlawanan akhir di ESI Hub, Spacerubix, hari ini.