awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAG sedang tingkatkan jumlah jurutera, perbaiki pakej ganjaran

Amirul Aiman
Amirul Aiman
06/09/2024
03:20 MYT
MAG sedang tingkatkan jumlah jurutera, perbaiki pakej ganjaran
Izham berkata, kerjasama dengan rakan kongsi telah dilakukan untuk menambah tenaga kerja sambil memperbaiki pakej ganjaran. - Foto X/MAG
KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) sedang meningkatkan jumlah jurutera berkemahiran tinggi bagi memastikan aliran bakat yang kukuh dalam organisasi.
Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail berkata, kerjasama dengan rakan kongsi telah dilakukan untuk menambah tenaga kerja sambil memperbaiki pakej ganjaran.
“Komitmen kami untuk memastikan kebolehpercayaan kekal utuh. Komitmen kami untuk memastikan kebolehpercayaan tetap dan terus teguh,” katanya dalam sebuah sidang media.
Selain itu, beliau berkata MAG turut bekerjasama rapat dengan Pengeluar Peralatan Asal (OEM) bagi memastikan penghantaran alat ganti yang tepat pada masanya dan memperkenalkan program penyelenggaraan komprehensif untuk armada pesawat mereka.
“Keutamaan kami adalah menyediakan pengalaman pelanggan terbaik sambil mengekalkan keselamatan sebagai fokus utama,” kata Izham.
Beliau turut menegaskan bahawa walaupun isu rantaian bekalan menjejaskan banyak syarikat penerbangan di seluruh dunia, MAG bertindak proaktif dalam usaha mengatasi cabaran ini.
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia Airline Berhad (MAB) perlu memastikan anak syarikatnya MAB Engineering Services mengambil langkah drastik untuk menarik minat pekerja mahir baharu.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata program latihan perlu diperbanyak dan memastikan pakej pekerjaan dengan gaji setimpal ditawarkan dalam usaha menarik pekerja mahir.
Topic Berkaitan
#Malaysia Aviation Group
#jurutera berkemahiran
#Izham Ismail
#aliran bakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan