Skip to main content

Politik

PRN Sarawak: Calon DAP, GPS dan PBK tiba di pusat penamaan calon Kota Sentosa

Kerusi Kota Sentosa menyaksikan tiga calon tiba untuk proses penamaan iaitu Wilfred Yap Yau Sin (GPS), Chong Chien Jen (DAP) dan Lue Cheng Hing (PBK). - Foto Astro AWANI
Kerusi Kota Sentosa menyaksikan tiga calon tiba untuk proses penamaan iaitu Wilfred Yap Yau Sin (GPS), Chong Chien Jen (DAP) dan Lue Cheng Hing (PBK). - Foto Astro AWANI
Advertisement

KOTA SENTOSA: Suasana di pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.12 Kota Sentosa pagi ini mula meriah dengan kehadiran penyokong parti yang mengiringi calon masing-masing.

Calon DAP, Chong Chien Jen, yang merupakan Pengerusi DAP Sarawak, tiba di pusat penamaan calon sekitar jam 8.30 pagi diiringi barisan pimpinan parti serta penyokongnya, sebelum bergerak masuk bagi menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Tidak lama kemudian, calon GPS selaku penyandang kerusi DUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin tiba dengan diiringi penyokong dan pencadang beliau.

Advertisement

Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Lue Cheng Hing turun hadir bersama penyokong dan pencadang di Pusat Penamaan Calon Kota Sentosa.

Ketiga-tiga calon kemudiannya menjalani proses penyerahan dokumen pencalonan mengikut prosedur yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Advertisement

Pertembungan di Kota Sentosa menjadi antara tumpuan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini, mengambil kira sejarah persaingan antara DAP dan GPS yang menyaksikan pertukaran wakil rakyat pada PRN sebelum ini.

Lima tahun lalu, Kota Sentosa menyaksikan perubahan besar apabila GPS berjaya mengambil alih kerusi berkenaan daripada DAP selepas tiga penggal dikuasai parti itu.

Wilfred Yap mencatat kemenangan dengan 5,806 undi, mengatasi Michael Kong Feng Nian daripada DAP yang memperoleh 4,123 undi, dengan majoriti 1,683 undi.

Must Watch Video

Advertisement