awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mah Sing optimis mengenai momentum 2024

Bernama
Bernama
30/12/2023
21:36 MYT
Mah Sing optimis mengenai momentum 2024
Mah Sing telah memperoleh lima bidang tanah pada tahun ini, khusus untuk projek M Terra serta M Hana di Puchong, M Tiara di Johor Bahru, M Legasi di Semenyih, M Zenya di Kepong dan M Azura di Setapak. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd yakin mengenai prospek jangka pertengahan hingga panjang bagi sektor hartanah, disokong oleh permintaan asas yang kukuh oleh populasi muda.
Permintaan untuk rumah daripada pembeli rumah kali pertama kekal berdaya tahan, katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kumpulan itu mencatatkan jualan hartanah sebanyak RM1.8 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2023, meningkat 14.4 peratus berbanding RM1.57 bilion yang disaksikan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Momentum jualan yang mengagumkan ini telah didorong oleh kadar pengambilan yang mantap dalam pembangunan M Series.
"Memandangkan Bank Negara Malaysia telah meramalkan bahawa pertumbuhan keluaran dalam negara kasar untuk Malaysia adalah pada 4-5 peratus menjelang 2024, kami melihat momentum kukuh yang berterusan bagi pembangunan M Series kami yang menyasarkan pembeli rumah kali pertama," kata Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum.
Beliau berkata kumpulan itu harus terus mendapat manfaat daripada pengecualian duti setem selama lima tahun untuk hartanah kediaman berharga di bawah RM500,000 bagi pembeli rumah kali pertama, selain rancangan kerajaan dalam mengurangkan syarat semasa permohonan Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), yang dilihat tepat pada masanya untuk menarik pembeli asing.
Mah Sing telah memperoleh lima bidang tanah pada tahun ini, khusus untuk projek M Terra serta M Hana di Puchong, M Tiara di Johor Bahru, M Legasi di Semenyih, M Zenya di Kepong dan M Azura di Setapak.
Pengambilalihan ini secara kolektif meningkatkan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5.5 bilion, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mah Sing Group
#pembeli rumah
#hartanah
#Leong Hoy Kum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan