awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHA 2022 dijangka tarik 100,000 pengunjung sehari

Bernama
Bernama
15/07/2022
06:10 MYT
MAHA 2022 dijangka tarik 100,000 pengunjung sehari
Ronald Kiandee (tengah) bergambar pada Majlis Perasmian Iklan Transit Aliran Massa (MRT) bagi Program Promosi dan Publisiti MAHA 2022 di Stesen MRT Taman Suntex hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berlangsung pada 4 hingga 14 Ogos ini dijangka mampu menarik 100,000 pengunjung sehari.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata pelbagai acara dirancang bagi menarik kehadiran orang ramai ke acara itu setelah dua tahun tidak dapat dianjurkan berikutan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"MAHA 2022 merupakan ekspo yang mempamerkan pencapaian terkini dalam sektor industri agromakanan negara dan dunia. Acara kali ini dibuat secara fizikal dan secara dalam talian dengan kita menjangkakan penglibatan lebih daripada 100,000 pengunjung sehari.
"Pelbagai acara seperti pameran, perniagaan dan pemadanan perniagaan akan diadakan. Jadi saya harap Keluarga Malaysia mengambil peluang untuk berkunjung ke MAHA 2022," katanya pada sidang media selepas program 'Flag Off MRT Train MAHA 2022' di sini hari ini.
Ronald berkata pihaknya telah membentuk pelbagai jawatankuasa bagi memastikan penganjuran MAHA 2022 yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor itu berjalan dengan terperinci dan teratur.
Katanya 1,500 ruang pameran dan jualan juga disediakan melibatkan beberapa segmen yang meliputi jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta dan badan korporat serta penjual makanan popular.
"Berbanding empat tahun lepas, sudah tentu ada pencapaian baharu dan MAHA 2022 merupakan platform untuk mempamerkan pencapaian terkini dalam sektor pertanian negara dan dunia.
"Jadi ini merupakan peluang untuk melihat pencapaian dalam sektor berkenaan. Semua pemain industri yang berminat dalam sektor pertanian akan dapat melihat pencapaian yang akan dipamerkan," katanya.
Dalam pada itu, Ronald menjelaskan kerajaan sentiasa berusaha secara berterusan bagi menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan.
"Bekalan makanan bukan tidak berhadapan dengan pelbagai masalah. Kita berdepan dengan masalah banjir, kemarau, cuaca, penyakit dan sebagainya.
"Jadi setiap masalah ini perlu ditangani untuk memastikan kelangsungan makanan. Kerajaan akan sentiasa memastikan masalah akan dapat diminimakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHA 2022
#Ronald Kiandee
#Agrikultur
#agropelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan