KUALA LUMPUR: Pengunjung berpeluang membeli beras seberat 5 kilogram dengan harga lelongan serendah RM10 pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula Khamis sehingga 14 Ogos ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Azman Mahmood berkata lelongan beras RM10 itu boleh didapati di Laman Agro-Food Padi pada happy hour yang waktunya hanya diumumkan pada bila-bila masa sepanjang pameran dan selepas tempoh itu tamat, beras tersebut dijual pada harga RM11 sekilogram.
Selain itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan untuk mendidik murid-murid sekolah rendah dari seluruh Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mengenai proses menanam hingga menuai padi di Laman Agro-Food Padi.
"Satu hari ada tiga sekolah kami jemput (ke laman), kami nak bagi pendidikan secara langsung kepada generasi baharu tentang kesinambungan keselamatan makanan kerana beras merupakan makanan asas yang semua orang perlu tahu.
"Ada sesetengah pelajar, tak pernah tengok fizikal padi, dia tahu makan sahaja. Kami sasar untuk didik pelajar ini sebab mereka akan menjadi pemimpin pada masa akan datang dan pertanian ini menyediakan peluang pekerjaan yang besar," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Selain itu, Azman berkata pihaknya turut mempamerkan integrasi tanaman padi dengan ternakan udang galah bagi meningkatkan pendapatan pesawah tanpa mengurangkan hasil padi.
Katanya pameran replika jerami yang dikitar semula untuk menghasilkan makanan ternakan seterusnya menjadi port bergambar oleh pengunjung juga disediakan di Laman Padi itu.
"Integrasi antara padi dan udang galah ini akan memberi pesawah jana pendapatan lebih, kalau udang galah sekilogram RM50, tetapi kalau tanam padi baru RM1.20. Padi kita tanam dua kali semusim, kalau udang berterusan," katanya.
Menurut Azman Laman Agro-Food Padi juga menyediakan galeri padi yang mempamerkan evolusi cara penanaman padi daripada menggunakan sabit hingga penggunaan teknologi baharu termasuk dron untuk membantu memudahkan semburan racun dan kawalan serangga serta penyakit.
Azman berkata pihaknya juga akan melancarkan Internet benda (IoT) baharu yang boleh mengenal pasti jenis tanah serta cuaca yang sesuai untuk penanaman benih padi pada 7 Ogos ini.
"Kami cuba bawa generasi baharu untuk terlibat dengan benda-benda ini (industri padi) sebab beras orang makan hari-hari. Kalau berlaku perang atau krisis ekonomi sekalipun, ia masih berjalan. Kalau sebut sektor padi bukan hanya terlibat dengan penanaman padi, banyak lagi yang boleh buat, dengan dron, pengeluaran produk, baja dan jentera," katanya.
Laman Agro-Food Padi adalah satu daripada lapan laman pertanian iaitu Laman perikanan, Laman Ternakan, Laman Herba dan Sayur, Laman Buah-Buahan, Laman Nanas, Laman Jentera dan Laman Florikultur yang akan mewarnai MAHA 2020 bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan'.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
Lelongan beras RM10 itu boleh didapati di Laman Agro-Food Padi pada happy hour yang waktunya hanya diumumkan pada bila-bila masa sepanjang pameran. - Gambar fail
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini.
Nilai jualan Laman Ternakan MAHA 2022 melebihi sasaran
Sebagai penutup tirai Laman Ternakan, jualan lelong ayam serama akan diadakan di zon Avian Valley pada hari terakhir MAHA 2022, esok.
MAFI arah pengurusan MAHA 2022 henti operasi tunda kereta serta-merta
Pengunjung dinasihat untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan bagi mengelak sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya.
MAHA 2022: 22 PKS tandatangani MoU RM451 juta, produk Malaysia bakal tembusi pasaran Asia Pasifik - Azmin
Tumpuan dagangan akan diberikan pada beberapa buah negara seperti China, Jepun dan Australia.
MAHA 2022: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur
Lebih 20,000 pokok daripada 77 spesies bunga dan herba digunakan bagi menyerlahkan keindahan konsep Miracle Garden.
MAHA 2022: Rasai pengalaman menuai padi
Buat kali pertama, simulasi menuai padi akan ditonjolkan sebagai tarikan baharu di Laman Jentera pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula esok hingga 1
KPN: Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat antara matlamat Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
MAHA 2022 : Inovasi Pineapple Night Farming galak petani muda bercucuk tanam
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempromosikan daya kreativiti dalam penanaman nanas menerusi Pineapple Night Farming.
Ladang Didi & Friends menanti peminat di pameran MAHA 2022
Ladang Didi & Friends di MAHA 2022 dijangka memberi pengalaman berbeza buat peminat siri animasi berkenaan.
Anak pokok durian Musang King jadi tumpuan pengunjung MAHA 2022
Salah seorang pengusaha membawa lebih 50 jenis anak pokok durian dan yang menjadi perhatian pengunjung adalah anak pokok Musang King Raub.