awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahasiswa perlu berani teroka peluang kerja hingga ke luar negara

Bernama
Bernama
27/01/2018
09:03 MYT
Mahasiswa perlu berani teroka peluang kerja hingga ke luar negara
AZLAN: mahasiswa perlu bersifat lebih terbuka. - Gambar fail
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyeru para mahasiswa supaya berani meneroka pelbagai peluang pekerjaan walaupun hingga ke luar negara.
Beliau berkata mahasiswa tidak harus hanya bergantung kepada kerja dalam negara atau negeri sendiri semata-mata, sebaliknya perlu bersifat lebih terbuka.
"Mahasiswa juga tidak boleh mengharapkan kerja makan gaji sahaja, mereka boleh menjadi seorang usahawan, tidak semestinya perniagaan berskala besar, boleh sahaja mula secara kecilan.
"Perniagaan yang kecil juga mampu memberi pulangan yang besar sekiranya diusahakan berterusan," katanya pada program Santai Mesra Mahasiswa di kediaman rasmi beliau, dekat sini hari ini.
Majlis berkenaan disertai hampir 300 orang mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Dalam pada itu Azlan turut mengingatkan semua mahasiswa agar menolak kenyataan berunsur fitnah supaya pemikiran mereka tidak mudah terpengaruh dengan maklumat palsu.
Azlan berkata mahasiswa adalah bakal pemimpin yang akan mencorakkan masa depan negara, justeru mereka perlu berfikir secara rasional.
"Mahasiswa perlu menggunakan kepintaran mereka untuk memilih maklumat yang bukan sampah, yang berfaedah kepada diri," katanya
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azlan Man
#kerjaya
#luar negara
#mahasiswa
#makan gaji
#peluang kerja
#pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan