Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah 'The Star of Soekarno' yang diberikan Yayasan Pendidikan Soekarno (YPS) di sini, malam tadi.
Anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap ketokohan, keberanian dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan suara hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.
Pengasas YPS Rachmawati Soekarnoputri yang mengalungkan pingat bintang itu kepada Dr Mahathir berkata, penganugerahan itu adalah sebagai tanda persahabatan dan pengiktirafan sumbangan para pemimpin di peringkat dunia.
Dr Mahathir dalam ucapannya berkata, walaupun beliau tidak pernah bertemu dengan Soekarno, namun presiden pertama Indonesia itu merupakan idolanya semasa beliau masih seorang pelajar.
Katanya, disebabkan itu, anugerah berkenaan sangat bermakna dalam hidupnya kerana beliau dapat memiliki satu tanda kenangan yang berkaitan dengan semangat Sukarno.
"Ketika Indonesia bergelut memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan Belanda di bawah pimpinan Surkarno dan Hatta (Mohammad Hatta, Timbalan Presiden pertama Indonesia), Malaysia belum lagi terbentuk dan masih di bawah pentadbiran British dan semangat Sukarno kemudiannya mula menyerap dalam kalangan pemimpin Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan," katanya.
Anugerah 'The Star of Soekarno' itu mula diberikan kepada para pemimpin luar Indonesia pada 2001 dan selain Dr Mahathir, tiga penerima lain ialah bekas Presiden Cuba Fidel Alejandro Castro Ruz, bekas Presiden Venezuela Hugo Rafael Chavez dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.
Bernama
Mon Sep 28 2015
Anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap ketokohan, keberanian dan kepimpinan Tun Dr Mahathir (gambar) dalam memperjuangkan suara hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Projek ECRL mungkin dihentikan jika PH menang PRU14 - Dr Mahathir
Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan akan menghentikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya menang PRU14.
Polis ambil keterangan Tun M
Beberapa pegawai polis memasuki pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Lebih 1,000 ahli keluar Perkasa
Pengaruh PPBM terhadap Perkasa menjejaskan perjuangan asalnya apabila parti itu menjalin kerjasama dengan pakatan pembangkang.