awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB lantik Zambry sebagai pengerusi baharu

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2020
15:11 MYT
MAHB lantik Zambry sebagai pengerusi baharu
Menurut kenyataan rasmi pada laman web MAHB, Zambry menggantikan Tan Sri Datuk Zainun Ali yang meletak jawatan pada Selasa. - Gambar fail
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melantik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai pengerusi baharu syarikat itu berkuat kuasa esok.
Menurut kenyataan rasmi pada laman web MAHB, Dr Zambry menggantikan Tan Sri Datuk Zainun Ali yang meletakkan jawatan pada Selasa.
Kumpulan dan Lembaga Pengarah MAHB dalam kenyataan tersebut mengucapkan penghargaan kepada Zainun atas sumbangannya selama berkhidmat dengan syarikat berkenaan.
“Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Tan Sri Zainun bertindak untuk kepentingan terbaik kumpulan pada setiap masa dan sangat teliti dalam memastikan standard tadbir urus korporat tertinggi dan integriti ditegakkan dalam kumpulan.
“Tan Sri Zainun telah memainkan peranan dalam membantu Malaysia Airports mengatasi krisis rangkaian KLIA pada 2019 dan juga berperanan dalam perbincangan Perjanjian Pengoperasian Baharu Malaysia Airports dengan kerajaan,” kata kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut juga menyebut Zainun baru-baru ini dilantik sebagai salah seorang daripada empat Persuruhjaya dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
“Beliau juga menganggotai Lembaga Penasihat Rangkaian Integriti Kehakiman Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” tambah kenyataan berkenaan.
Dalam pada itu, MAHB mengalu-alukan pelantikan Zambry sebagai pengerusi bukan bebas bukan eksekutif syarikat.
Topic Berkaitan
#bekas menteri besar
#Datuk Zainun Ali
#KLIA
#MAHB
#Malaysia Airports Holdings Berhad
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan