Kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mengaitkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam isu politik sebagai suatu perbuatan biadab dan tidak menghormati institusi istana.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib menegaskan, sebagai sebuah negara demokrasi Mahfuz berhak untuk bercakap mengenai politik namun jadi bertindak kurang ajar dengan menyamakan Sultan Pahang dengan situasi semasa dalam negara.
"Tidak salah kalau hendak berpolitik atau menyokong sesiapa sahaja, tapi dia (Mahfuz) sudah melampaui batas dengan menyamakan kedudukan tuanku Sultan Pahang dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, itu memang perbuatan biadab.
"Kedudukan tuanku adalah sebagai raja dan Sultan Pahang, satu kedudukan yang melangkaui sistem politik negara, manakala isu pemilihan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri iaitu isu politik yang tiada kaitan langsung dengan institusi negara.
"Pemeliharaan institusi raja ini bukanlah untuk negeri Pahang sahaja malah meliputi seluruh institusi beraja di negara kita," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
BACA: Hina Sultan Pahang, Pemuda UMNO Pahang mahu Mahfuz dikenakan tindakan
Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata demikian ketika mengulas mengenai video satu ceramah bekas pemimpin Pas itu yang cuba membandingkan kedudukan Sultan Pahang dengan isu pemilihan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan.
Dalam klip video yang menjadi tular di media sosial itu, Mahfuz membidas sikap pemimpin Umno dan BN yang mempersoalkan pemilihan Mahathir yang dianggap sudah tua dan mengaitkannya pula dengan Sultan Pahang.
Ujar beliau, Mahfuz sebagai seorang pemimpin yang sering mendakwa dirinya berjuang mengikut perjuangan Islam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tidak beradab seperti itu semata-mata untuk kepentingan undi dan politik.
Ketua UMNO Bahagian Maran itu berkata, banyak lagi cara politik matang yang boleh dilaksanakan dan bukannnya berceramah mengikut hawa nafsu sehingga menyentuh kedaultan raja-raja Melayu.
"Kita boleh berpolitik, berceramah atau berkempen tapi biarlah ikut politik matang dan bukan cara tidak cerdik sampai tuanku pun hendak dijadikan contoh.
"Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat di negara ini terutamanya di Pahang supaya menghormati institusi raja dan menolak pemimpin yang biadab seperti Mahfuz," tegasnya.
Astro Awani
Sun Jan 14 2018
ISMAIL: Kita boleh berpolitik, berceramah atau berkempen tapi biarlah ikut politik matang dan bukan cara tidak cerdik sampai tuanku pun hendak dijadikan contoh. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.